in

“Cybertroopers at it again…” – Ada Netizen Hantar Mesej Mencarut Dekat Ibu Aliff Aziz?

syaz ft 2024 06 28T154951.950

Meskipun masalah rumah tangga penyanyi Singapura, Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah bertemu titik noktah namun masih ada lagi tempias susulan kes tersebut.

Ibu kepada Aliff Aziz dilihat masih mendapat kecaman daripada netizen, menerusi Instagram miliknya, Siti Hafizah Basharahil berkongsi terdapat mesej (DM) yang memaki hamun dirinya dengan sangat teruk.

Artikel berkaitan: Terima Mesej Sokongan Dari Netizen, Ibu Aliff Aziz Mohon Maaf Atas Kekhilafan Anaknya

Artikel berkaitan: “Saya tak baca DM, saya terus block” –  Ibu Aliff Aziz Dedah Terima Ratusan DM Dari ‘Cybertrooper

Dia kemudiannya memuat naik tangkap layar mesej tersebut di IG Story namun telah dibuang oleh Instagram.

Tidak puas hati, Hafizah memuat naik semula tangkap layar itu sebagai posting di media sosial tersebut.

cats 4 5

“Alhamdulillah as expected, boleh memberi tetapi tak boleh menerima? Masyaallah cybertroopers at it again. Dear IG ADMIN get a Malay speaking guy to translate what this is all about ya. Peace no war,” tulisnya di kapsyen.

Dalam hantaran itu, Hafizah menyatakan rasa marahnya dengan nada memerli namun tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya hanya meluahkan rasa syukur.

Aduhai, sudah-sudahlah tu memaki orang kat DM…

Sumber: Instagram