Semenjak masalah pergolakan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah berlaku sehinggalah membawa kepada kes khalwat dan perceraian, ibu Aliff adalah antara individu yang sering mendapat perhatian netizen.
Baru-baru ini, tular satu lagi perkongsian ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil di Instagram yang memaparkan mesej yang diterimanya daripada seorang individu.
Artikel berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Muncul Di Mahkamah Syariah Berkaitan Kes Khalwat? Ini Penjelasan Peguam
Artikel berkaitan: “Saya tak baca DM, saya terus block” – Ibu Aliff Aziz Dedah Terima Ratusan DM Dari ‘Cybertrooper’
“Semoga puan kuat semangat menghadapi ujian ini”
Mesej itu telah menyentuh hati Siti Hafiza yang mana individu tersebut mendoakan agar ibu pelakon ini tabah dengan ujian yang menimpa.
Malah individu itu juga memuji sikap Siti Hafiza yang sentiasa berada di belakang Aliff walau apa jua perkara yang berlaku.
Saya dulu juga pernah ada rasa marah pada Aliff dan puan yang sentiasa ada di belakang Aliff.
“Tapi bila difikirkan semula, tidak adil saya berperasaan begitu berdasarkan penilaian apa yang terpampang di socmed. Entah tepat entah tidak.
“Dan juga mungkin tidak adil menuding jari pada salah orang, sedangkan diri sendiri juga banyak khilafnya. Maafkan saya,” kata individu itu.
View this post on Instagram
Ibu Aliff di ruang kapsyen telah meluahkan rasa syukurnya menerima mesej berkenaan dan pada masa yang sama juga memohon maaf di atas kekhilafan anaknya yang telah menyinggung perasaan ramai.
Menurut Siti Hafiza, dia akan terus menasihati dan mendoakan anaknya itu sehingga hujung hayat.
MasyaAllah tabarakallah pada Subuh Khamis yang barakah ini Allah ilhamkan insan hebat ini menulis kepada saya.
“Sesungguhnya Allah Maha Baik. Kami juga memohon maaf atas kekhilafan anakanda kami yang menyinggung perasaan. InsyaAllah kami akan terus menasihat dan mendoakan anakanda kami hingga kami menutup mata,” katanya.
Apa-apapun marilah kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga Aliff dan Bella bertemu kebahagiaan masing-masing.
Sumber: Instagram