in

Cuti Sempena Kemenangan KL City Esok Bukan Kelepasan Am Bergaji – Menteri Sumber Manusia

Cuti Kl City Bukan Cuti Kelepasan Am Bergaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sedia maklum, esok ialah hari cuti kelepasan am sempena kemenangan KL City melawan Johor Darul Takzim (JDT) dalam Piala Malaysia 2021.


Pun begitu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan memaklumkan cuti yang diisytiharkan semalam bukanlah cuti kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

807417

Menurut Malaysiakini, Saravanan berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Wilayah Persekutuan.

Seksyen yang dirujuk menteri juga menjelaskan, pekerja hanya berhak mendapat cuti berbayar untuk 11 cuti umum yang digazetkan termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Pekerja, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana hari yang dijadikan cuti umum bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951.

 

Majikan sektor awam digalakakan beri cuti am bergaji 

Dalam pada itu, Saravanan juga berkata, majikan sektor swasta digalakkan memberi cuti am bergaji kepada pekerja masing-masing di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Majikan di sektor swasta digalakkan memberi cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Untunglah orang KL, Putrajaya dan Labuan cuti kan? Orang Selangor mesti jealous kan! 

Baca: Kenali Kevin Ray Mendoza, Penjaga Gol KL City Yang Jadi Sebutan Ramai Hingga Digelar Man Of The Match!

7 1

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.