in

Cuti Bomba ‘Dibekukan’ Untuk Persediaan Musim Banjir & PRU 15 November Ini

Ft Bomba Punya Cuti Kena Beku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai 4 November hingga hujung tahun ini, cuti bagi kesemua ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dibekukan untuk memastikan kesiapsiagaan jabatan pada tahap optimum sepanjang tempoh kritikal Monsun Timur Laut (MTL).


Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, tempoh pembekuan itu berkuatkuasa dari 4 hingga 30 November, namun akan dapat pengecualian jika ianya atas faktor kecemasan, keagamaan dan perubatan.

Persediaan musim banjir & pastikan PRU15 berjalan lancar

Namun begitu, untuk tempoh 1 Disember hingga 15 Januari 2023 pula, hanya 20 peratus daripada kesemuanya dibenarkan cuti.

“Tugas dan peranan sebagai komander dan timbalan komander operasi bencana akan diambil alih oleh JBPM.”

Tambah Muhammad Hamdan, beberapa anggota JBPM akan ditugaskan di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) ketika proses mencetak kertas undi demi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjalan lancar, lapor Berita Harian.

Banjir Pulau Pinang Bernama 030721 1

Saya juga sudah mengarahkan 333 balai bomba seluruh negara untuk mengenal pasti dan membuat pemeriksaan di pusat mengundi di negeri masing-masing dan pemantauan semasa pengiraan undi bagi mengelakkan berlaku sebarang insiden.

“JBPM juga bersiap sedia menghadapi sebarang insiden tidak diingini selepas pembentukan kerajaan baharu nanti.”

Menerusi SinChew Daily, dilaporkan Monsun Timur Laut dijangka akan bermula pertengahan November tahun ini hingga Mac 2023. Dari November hingga Januari tahun depan, dijangka akan berlaku hujan lebat di empat ke enam buah negeri.

Baca : “Real abang bomba selamatkan saya” –  Wanita Temui Jodoh Dengan Abang Bomba Lepas Selamatkan Dari Kemalangan 

Ft Tunang Dengan Bomba Yang Selamatkan Accident

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.