in

“Real abang bomba selamatkan saya” – Wanita Temui Jodoh Dengan Abang Bomba Lepas Selamatkan Dari Kemalangan

Ft Tunang Dengan Bomba Yang Selamatkan Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang kena dengan audio yang tengah trending sekarang ni, abang bomba selamatkan saya.


Kisahnya bermula Nur Izzati, 23 sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dan ditemani oleh Muhammad Hakim, 25 yang pada waktu itu hanya sebagai sahabat yang baru berkenalan dalam 2 ke 3 bulan.

Malang tak berbau, ketika dalam perjalanan, Zati terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 2 Januari 2021 lepas.

 

Saya accident lepas balik dari jumpa family dia untuk pertama kali . Dia tahu saya accident dari video call sbb dia teman saya balik dari video call.”

Keluarga Hakim di Kuala Kubu Bharu, mereka mula berkanalan di Instagram. Menerusi mStar Online, Zati menjelaskan bahawa panggilan video itu dibuat untuk memastikan dirinya selamat pulang.

“Cuaca waktu itu memang hujan lebat dan gelap sebab kurang lampu jalan, Kami tak berborak sangat memandangkan saya tengah memandu. Telefon diletakkan pada phone holder saja.”

Screenshot 2022 09 30 161506

Katanya lagi, lepas 5 minit Hakim bertanyakan lokasinya itu, dia terus terbabit dengan kemalangan selepas gagal elak daripada sebuah kereta keluar dari simpang kiri.

Hakim menyedari kemalangan itu setelah terdengar suaranya menjerit melalui panggilan video, katanya lagi, Hakim yang begitu panik dengan insiden itu terus bergegas ke tempat kejadian dan hubungi pihak bomba tempat dia kerja untuk mendapatkan bantuan lain.

“Sampai lokasi, dia call balai bomba dia bekerja utk minta bantuan ambulans EMRS. Mujurlah pintu belah penumpang depan tak kunci. Dia masuk dan panggil dan tampar pipi saya banyak kali.”

Screenshot 2022 09 30 161520

Dari situ hati Zati terbuka untuk menerima Hakim sebagai pasangannya. Bak kata Zati, pendek kata declare couple lah.

“Disebabkan kejadian itu, dia agak fobia dengan keselamatan saya. Tak nak benda sama berulang lagi. Kami buat keputusan untuk bertunang padan 24 September baru-baru ini selepas setahun berkenalan.”

@nrzzati._

Ada yang ingat lagi tak kejadian ni? ??❤️?‍? #abangbombailoveyou

♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat

 

Real abang bomba selamatkan saya – Netizen

Video ini telah meraih lebih 600K di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua ini.

Screenshot 2022 09 30 161806 Screenshot 2022 09 30 161828 Screenshot 2022 09 30 161857 Screenshot 2022 09 30 161913 Screenshot 2022 09 30 161933 Screenshot 2022 09 30 161951

Alahai sweet betul diaorang ni, mengalahkan drama tv.

Baca : Tular Video Bomba Keluarkan Kambing Yang Dimakan Ular Sawa, Ini Sebabnya…

Kambing Tarik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.