in

“Cubalah bersangka baik” – Fazley Tegur Segelintir Netizen Tak Puas Hati Aliff Aziz Juara GV8

Fazley Tegur Netizen Tak Setuju Kemenangan Aliff Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang dijangka-jangka, penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz muncul sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.


Aliff yang menyampaikan lagu Sampai Syurga dan berduet dengan Hafiz Suip bagi lagu Dealova serta berentap dalam pusingan battle bersama Aweera menerusi lagu Bangun telah membawa pulang RM100,000 bersama trofi! Waaa congrats!  

Menang Gv8

 

“Tahniah adikku Aliff Aziz dan Bella Astillah”

Dato’ Fazley Yaakob yang juga bekas peserta GV bagi musim ini turut mengucapkan ucapan tahniah buat Aliff dan menganggap kemenangan ini sangat berbaloi bagi Aliff dan isterinya, Bella Astillah setelah pelbagai cabaran yang telah dilalui mereka.

“Kalian deserve it! Saya sendiri melihat bagaimana seorang isteri mengorbankan segala-galanya demi melihat kejayaan seorang suami di pentas perjuangan.

“Pernikahan yang bergolak hebat dipelihara oleh pegangan agama yang semakin teguh. Abang tumpang bangga with both of you. Allah will always be fair! This in your win as a couple!” tulisnya.

 

“Cubalah bersangka baik, just this once!” 

Pun begitu, sudah menjadi kebiasaan di kalangan netizen, ada yang menyukai kemenangan Aliff dan ada pula yang kurang setuju kerana merasakan ada peserta lain lebih layak memenangi ‘title’ juara tersebut.

Perbuatan tersebut mendapat teguran Fazley yang merasakan ia merupakan rezeki Aliff untuk memenangi GV8, tak kiralah sama ada di berasal dari Malaysia ataupun tidak.

Buat kalian yang sibuk-sibuk kan ‘Kenapa orang Singapore yang menang? Sebab Tok Ram orang Singapore maka dia menangkan orang Singapore!’ 

“Cubalah bersangka baik, just this once! Rezeki semua Allah dah tentukan. Tak kiralah Malaysia ke, Indonesia ke, Singapore ke, kita dah satu rumpun… jangan dibawa sentimen kenegaraan ke pentas rezeki Gegar Vaganza. 

“Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan,” katanya.

Posting dari Fazley telah mendapat pujian dan sokongan netizen yang mengakui rezeki pentas GV8 kali ini memang milik Aliff Aziz kerana sering menampilkan persembahan yang konsisten terbaik setiap minggu.

Apa-apapun tahniah Aliff Aziz! Perjuangan sebenar ialah selepas rancangan GV ini. Mana tahu rezeki peserta lain yang tak menang tu pun bertambah kencang lepas pertandingan ini, kan? All the best semua!

Baca: Aliff Aziz Juara GV8, Kalahkan Nikki Dengan Markah Lebih 1.8%

Pagez 3

 

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.