in

Aliff Aziz Juara GV8, Kalahkan Nikki Dengan Markah Lebih 1.8%

Pagez 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 10 minggu bersiaran, pentas ulung Gegar Vaganza (GV) 8 telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila bintang kelahiran Singapura, Aliff Aziz berjaya meraih takhta sebagai juara.


Persembahan mantap dari Aliff yang membawakan lagu Sampai Syurga oleh Faizal Tahir dan Dealova oleh Once berjaya memikat hati para peminat serta barisan juri yang terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang, Dato’ Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

Bagi peminat program realiti ini, pasti mereka tahu nama Aliff Aziz sering dipetik sebagai salah seorang calon yang kuat untuk merangkul kejuaraan.

Whatsapp Image 2022 01 24 At 12.19.43 Am E1642954872391

Namun, itu bukanlah bermakna finalis yang lain tidak memberi saingan yang hebat. Malah, ada juga beberapa nama yang dilihat konsisten hingga ke minggu akhir.

Persaingan antara enam bintang ini di pentas final boleh dikatakan sengit apabila markah keseluruhan yang diperoleh Aliff (83.06%) hanya lebih 1.8 peratus berbanding naib juara, Nikki Palikat yang meraih 81.26%.

Mengulas lanjut keputusan tersebut, Dato’ Ramlee MS selaku ketua juri menyatakan segmen solo dan duet oleh Aliff menjadi satu kelebihan pada penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

Fjzjos Akaexbkh

Dia menang dekat segmen solo dan duet, meski pada pusingan battle dia tak boleh lawan gandingan Nikki dan Suki. Mereka punya ‘battle’ sangat bagus, tapi mereka kalah pada Aliff untuk solo dan juga duet.”

Lagu Dealova yang didendangkan oleh Aliff turut dibantu oleh bekas juara Akademi Fantasia 7, Hafiz Suip sebagai pasangan duet. Demi menyelesaikan tugasan terakhir, Aliff juga membawa lagu bergenre rap, Bangun oleh Aman R.A dalam pusingan battle bersama Aweera.

Kedudukan akhir finalis GV8

Bergelar juara GV8, Aliff berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala Nikki Palikat yang menduduki tempat kedua menerima habuan sebanyak RM50,000.

Suki Low berjaya merangkul tempat ketiga dan membawa pulang RM 30,000, manakala penyanyi serta pelakon popular, Adibah Noor mengungguli tangga keempat berserta wang tunai berjumlah RM20,000.

Page 14

Berjaya melayakkan diri ke final, Azam Scan turut menerima wang tunai berjumlah RM15,000 setelah dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima, menewaskan bekas vokalis Mojo, Aweera yang menduduki tangga keenam dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Tahniah diucapkan buat semua pemenang! Korang pulak rasa macam mana? Puas hati tak dengan keputusan semalam?

Baca: “Semua sama hebat” – 6 Bintang Layak Ke Final, Tok Ram Akui Sukar Pilih Juara GV8

Capturea

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter
Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.