in

“Cuba nak buka pintu pesawat” – Wanita Terpaksa Diikat Dengan Duct Tape Sebab ‘Mental Breakdown’ Ketika Dalam Penerbangan

Ft Ductaped

Seorang penumpang wanita di dalam sebuah pesawat American Airlines yang berlepas dari Texas menuju ke North Carolina, Amerika Syarikat terpaksa diikat menggunakan ‘duct tape’ selepas dilaporkan mengalami ‘mental breakdown’.

Melalui sebuah rakaman video yang tular di TikTok, wanita tersebut dilihat berada di salah satu tempat duduk sambil memanggil penumpang lain yang sedang keluar dari pesawat.

Taped

Menurut Unilad, kejadian itu bermula dengan wanita tersebut tiba-tiba menyerang kru kabin yang berada di dalam pesawat sebelum cuba untuk mencakar dan menggigit mereka.

Dia juga dikatakan menjerit dan berkata dia perlu keluar dari pesawat yang sedang berada di ruangan udara itu. Bukan itu saja, dia turut dikatakan cuba untuk membuka pintu hadapan pesawat.

Disebabkan itu, kru kabin terpaksa mengikat tangan dan menutup mulut wanita terbabit menggunakan ‘duct tape’ di tempat duduk sehingga sampai ke destinasi.

Berdasarkan video itu, pihak medik bersama katil pengusung dilihat sudah bersedia di luar pintu pesawat dikatakan untuk membawa wanita berkenaan mendapatkan rawatan sepatutnya.

Medik

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @lol.ariee yang mengkritik cara kru kabin mengendalikan situasi tersebut dan berpendapat wanita berkenaan tidak sepatutnya dilayan sebegitu.

Mereka patut ada cara yang lebih baik untuk kendalikan masalah ini. Saya rasa situasi itu ditangani dengan teruk.”

Bagaimanapun, ramai pengguna TikTok yang lain memahami tindakan yang terpaksa diambil oleh kru kabin penerbangan itu kerana wanita berkenaan boleh mengundang bahaya kepada penumpang yang lain.

Video asal dimuat naik oleh @lol.ariee itu telah pun dipadam dan akaun berkenaan telah pun di ‘banned’ oleh TikTok.

Sementara itu, melalui satu kenyataan American Airlines menjelaskan bahawa penumpang wanita terbabit terpaksa ditahan sebegitu demi keamanan dan keselamatan para penumpang yang lain serta kru kabin mereka.

Baca: “Satu geng punya pasal, semua kena” – Enggan Pakai ‘Face Mask’ Jadi Punca Penerbangan Terpaksa Dibatalkan

2Remaja