in

“Satu geng punya pasal, semua kena” – Enggan Pakai ‘Face Mask’ Jadi Punca Penerbangan Terpaksa Dibatalkan

2remaja e1638667190725

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat American Airlines terpaksa membatalkan penerbangannya baru-baru ini kerana sekumpulan remaja enggan mematuhi SOP keselamatan berkenaan Covid-19. Penerbangan dari North Carolina ke Bahamas itu dibatalkan selepas sekumpulan remaja enggan mengenakan pelitup muka atau face mask.

Hal itu telah menyebabkan penerbangan itu pada mulanya tergendala selama 6 jam sebelum para penumpang diberitahu apa yang terjadi.


Screenshot 2021 07 10 at 2.27.53 PM
Sumber: Google Image

Akibat daripada kejadian itu, kumpulan remaja terbabit terpaksa bermalam di Charlotte Douglas International Airport kerana mereka terlalu muda untuk menempah dan bermalam di hotel.

Kumpulan remaja itu dipercayai dalam perjalan ke Bahamas untuk meraikan hari graduasi mereka disana.

Screenshot 2021 07 10 at 2.24.31 PM

Seorang penumpang, Stephanie Krzywanski telah merakam kejadian itu dalam kapal terbang dan telah memaklumkan sebuah balai berita tempatan dari dalam pesawat terbabit. Dalam video itu, kelihatan seorang remaja melambai ke arah rakaman Krzywanski dari belakang.

Screenshot 2021 07 10 at 2.24.44 PM

Menurut laporan Mirror.co.uk, wakil syarikat penerbangan itu telah mengesahkan kejadian tersebut dimana kumpulan remaja terbabit tidak mematuhi mandat persekutuan yang mewajibkan penumpangan pesawat untuk memakai face mask di dalam pesawat sepanjang perjalanan.

Walau bagaimanapun, pesawat itu dijadualkan semula dan semua penumpang termasuk kumpulan remaja terbabit telah bersetuju untuk memakai face mask.

 

Baca: “Penuh pesawat, tak pakai mask” – Elak Sekatan Covid-19,  Pasangan Buat ‘Wedding’ Atas Udara Dengan Keluarga & Kawan

Screenshot 2021 07 10 at 2.37.48 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.