in

“Complain makanan tak sampai, nak refund” – Rider Kongsi Perangai T20 Nak Dapat Makanan Free

Ft Hantar Makanan T20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perangai cheapskate ini sebenarnya bukan bergantung kepada taraf hidup seseorang itu, kadang-kadang ada yang golongan T20 ni pun jauh lebih teruk daripada B40.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh penghantar makanan yang dikenali sebagai Cje Kassim menerusi Facebook group B40 Buat Hal Perangai Apa Harini pengalamannya kena game dengan orang-orang T20 ini untuk dapatkan makanan percuma.


Tak jawab call, tak keluar rumah, complain tak dapat makanan, minta refund.

Kata rider ini, dah terjadi kepadanya beberapa kali dimana ketika ingin menghantar makanan ke rumah pelanggan, pelanggan itu tidak menjawab panggilan, bila ditinggalkan makanan di hadapan rumah dia mendapat aduan daripada pelanggan tersebut bahawa mereka tidak menerima makanan dan mahu wang dipulangkan.

Disebabkan kejadian itu, ia membuatkan lelaki ini mahu membuat pemerhatian terhadap modus operandi pelanggan-pelanggan seperti ini. Semasa ingin menghantar pesanan makanan Korea kepada pelanggannya di Mont Kiara, perkara yang sama terjadi kepadanya.

Pexels Cottonbro 4604663

“Sampai je aku depan rumah dia aku call 2,3 kali tak jawab,tekan loceng tak buka pintu, tapi aku perasan ada orang mengintai dari langsir, aku letak makanan atas tembok pagar.”

Dah mula hidu dengan taktik yang digunakan, dia membuat keputusan untuk intai mereka.

“Aku start motor jalan depan skit berenti bawah pokok, dalam 3,4 minit keluar tuan rumah tu, ambil makanan atas tembok, sambil aku merakam dengan handset, sangkaan aku betul dalam 40 minit selepas tu customer servis call dan kata costumer complain makanan tak smpai & nak refund harga makanan RM 100 lebih.”

Disebabkan itu, lelaki ini tunjukkan hasil rakaman kepada pihak pengurusan, namun pelanggan itu masih mempertahankan diri menyatakan dia tidak terima makanan tersebut.

36349967 477102056080279 1723559071530876928 N

Oleh yang demikian, lelaki tersebut memberikan juga rakaman video yang membuktikan bahawa pelanggan tersebut dah ambil.

“Baru la dia mengaku kononnya lupa, padahal dah masuk perut jadi tahi dah makanan tu, tanya la rider food ehailing mesti pernah terkena.”

Lelaki ini juga yakin perkara sebegini seringkali terjadi kepada mana-mana rider sekalipun, malah ada yang sampai dah ambil dan diambil gambar pun masih berani membuat perkara sedemikian dan kebanyakan daripadanya terdiri daripada golongan T20.

Baca : “Tak serik” – [VIDEO] Netizen Minta Rider Berhati-hati, Kerap Accident Sebab Langgar Traffic Light

Rider Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.