in

“Cikgu memang baik orangnya, jarang rotan anak murid” – Bekas Murid Cerita Sikap Sebenar Cikgu Rotan Pelajar

Sivaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kehangatan mengenai isu seorang guru yang merotan murid sampai berbirat lengan, pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat mereka termasuklah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut terpanggil memberikan pandangan.


Kebanyakannya mengecam pelajar dan si ibu yang kononnya nak viralkan cikgu tu sebab bersiap kurang ajar.

Memandangkan isu ini menjadi buah mulut orang ramai, bekas pelajar Siva N Eswaran tampil menceritakan sikap sebenar cikgu tersebut.

 

“Dah lah biadap mulut puaka pula tu”

Menurut Siva, cikgu tersebut sebenarnya merupakan seorang yang baik dan penyabar. Tambahnya lagi, niat murni cikgu tu membuat tindakan sedemikian hanya ingin mengajarnya.

Bahkan menerusi satu komen di Facebook, Siva juga menceritakan bahawa disebabkan guru itulah dia boleh fasih berbahasa melayu.

“Well guys, dia adalah cikgu BM saya, belajar dengan dia selama 5 tahun dan sekarang sudah 8 tahun saya kenal dia.

“Cikgu memang baik orangnya dan jarang rotan anak murid. Sebab dialah saya fasih berbahasa Melayu dan kerana cikgu-cikgu di sekolah itu merotan saya, sekarang saya berjaya melangkah ke universiti”

Dia juga berani menjamin bahawa sikap cikgu tu sebenarnya baik

“Tanya lah orang yang pernah menjadi anak muridnya”

65177437 848153205553151 1179271073133232128 N
sumber: blog

Malah dia juga menegaskan bahawa pelajar perempuan tersebut, memang patut kena rotan dan menempelak sikap ibu bapanya yang terlalu manjakan anak sampai gagal nak hormat orang.

“Pelajar itu memang patut kena rotan. Kalau saya jadi cikgu, saya akan suruh dia cuci jamban sekolah sebab mak bapak dia gagal dalam mendidik anaknya menghormati orang lain”

 

Baca: “Guru tak patut rotan pelajar perempuan” – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

Featured 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.