in

“Cik B comel teroxxx la!” – Sampai Jatuh Tergolek! Cik B Excited Tengok Diri Sendiri Kat TV, Lakonan Dipuji Netizen

Tergolek Dok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tengok drama Lelaki Lingkungan Cinta semalam? Haa kalau korang tengok drama ni, mesti korang perasan yang anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B ada berlakon dalam drama tu semalam!


Wah wah.. Cik B dalam diam ye sekarang dah jadi pelakon! Apa-apapun yang buat netizen lagi excited ni apabila DSV semalam memuat naik video reaksi Cik B lepas menonton dirinya sendiri di TV. 

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ni sampai jatuh tergolek tu tengok diri sendiri berlakon dalam drama. Halamak excited betul ni!

DSV yang juga berbangga melihat penampilan pertama anaknya di TV itu sempat mengusik lakonan Cik B yang cukup menghiburkan ramai.

Bila Cik B tengok diri dia dalam TV. Dia malu tak tahu nak sorok muka kat mana” 

 

“Tak puas tengok kejap-kejap sangat. Lepas ni buat Cik B watak utama” 

Video reaksi Cik B yang dikongsikan DSV tu telah pun mendapat lebih 160,000 views tau dan rata-rata netizen gembira dan memberi komen positif terhadap lakonan Cik B. Siap ada yang request jadikan Cik B watak utama. Amboi! 

Cikb

Bagi korang yang tak tahu, drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta ini adalah drama yang menggantikan slot Kampung People 2 yang baru berakhir minggu lepas. Selain Cik B, ia dibintangi pelakon seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Nabil Aqil dan ramai lagi.

Lelaki Lingkungan Cinta Pelakon

So malam ni jangan lupa tonton Lelaki Lingkungan Cinta kalau korang nak tengok Cik B berlakon lagi tau! 

Baca: “Stoplah being so CUTE” – Netizen Terlopong Tengok Imej Baru Cik B, LAWA BAK HANG!

Cikbhavoc

Sumber: Instagram
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.