in

“Usia dah 40 tahun lebih, materialnya bisa lelah”- Kapal Selam Tentera Indonesia Hilang Di Perairan Bali Bersama 53 Kru

Cats 93

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah Kapal Selam milik Tentera Negara Indonesia (TNI) KRI Nanggala-402 dilaporkan hilang dari radar dan dipercayai karam semasa melakukan latihan tembakan peluru berpandu di perairan Bali Utara dengan proses pencarian dilakukan pada kedalaman 700 meter.


118146043 Indonesia Bali Submarine Indonesian 640Map 2X Nc

Kapal selam yang dikenali dengan ‘Kapal Sejuta Umat’ ini dikatakan telah berkhidmat selama lebih 40 tahun dan ketika kejadian, membawa 53 orang yang terdiri daripada 49 orang kru, seorang komandan dan tiga orang pakar persenjataan.

Ada dua faktor penyebab kejadian, kecuaian manusia ataupun kerosakan teknikal – Pengamat Pertahanan LIPI

Kronologi Kejadian

Pada jam 3.46 pagi Waktu Indonesia Barat (22/4) , KRI Nanggala memulakan penyelaman.

4.00 pagi : Kapal meminta kebenaran untuk memulakan latihan menembak menggunakan torpedo. Ini merupakan komunikasi terakhir.

4.25 pagi : Ketika kebenaran tembakan ingin diberikan oleh Komandan Gugus Tugas, komunikasi telah putus.

7:00 pagi : Mendapat laporan dari helikopter pasukan pencari dan penyelamat bahawa ada tumpahan minyak yang dikesan.

118146041 E7A83C65 8A79 4026 B27C 12Dd902Abfa0

11:30 pagi : Sidang media mengatakan mereka berjaya mengesan objek yang tidak dapat dikenalpasti berkelajuan 20 knot.

Situasi Terkini

Ezf6Omqviayapom

Menurut laporan terkini BBC Indonesia , Panglima TNI Hadi Tjahjanto mengatakan kesemua kapal pencari dikerahkan untuk operasi mencari KRI Nanggala-402 selain mendapat bantuan dari beberapa buah negara lain termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut kenyataan TNI Angkatan Laut, analisa awal menunjukkan ada kemungkinan berlakunya gangguan bekalan elektrik semasa selaman dibuat. Ini mungkin salah satu sebab kapal berkenaan menyelam lebih dalam dari keupayaannya.

176237299 1434832863536216 7669788988297329056 N

KRI Nanggala – 402 merupakan salah satu daripada 5 buah kapal selam yang dimiliki oleh Indonesia yang dibuat di Jerman pada tahun 1977. Menurut laporan Reuters, telah diperbaharui pada tahun 2012.

Ini merupakan kejadian pertama sebuah kapal selam hilang di Indonesia dan kes kehilangan kapal selam merupakan kes terpencil di seluruh dunia.

 

Sumber : BBC Indonesia

Baca : Violet Jessop: Jururawat Yang Terselamat Dalam Tiga Insiden Kapal Karam Termasuk Titanic, Tapi Tak Pernah Berhenti Kerja Kapal!

Kapal Karam

 

Sumber: BBC
Sumber: BBC
Sumber: TNI
Sumber: TNI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.