in

“Cara dia buat kita hilang hormat” – JAIS Minta Sajat Tunjuk Bukti Dakwaan Dicabul Penguatkuasa

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ditemubual oleh media antarabangsa, New York Times, Sajat mendakwa yang dia telah ditendang dan dicabul oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika hadir untuk soal siasat awal tahun ini.


Ekoran dakwaannya ini, Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad telah meminta Sajat untuk menunjukkan bukti dakwaan tersebut dan bukan hanya cakap kosong dengan dakwaan berbaur fitnah, lapor Harian Metro.

Kalau betul dia buat tuduhan, pasti dia sudah buat laporan polis. JAIS juga sudah buat laporan polis menyatakan perkara sebenar yang berlaku pada pihak polis, kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan.

“Prinsip saya telus, jika betul ada kakitangan JAIS buat salah, pasti polis ambil tindakan kerana dakwaan gangguan seksual itu bukan bidang kuasa saya tetapi polis.”

Kenapa baru sekarang?

Screenshot 2021 10 22 At 11.15.17 Am

Mohd Shahzihan turut mempersoalkan tindakan usahawan kosmetik ini yang membuat dakwaan ini sekarang sedangkan insiden tersebut berlaku pada bulan Januari dan menyifatkan tindakan Sajat seperti mempermainkan emosi semua orang dan meletakkan JAIS dalam keadaan bersalah.

Bukan JAIS tidak hormat dia tetapi cara dia buat kita hilang hormat. Bila di Australia, buat cerita macam-macam ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Menimbulkan persepsi orang agama tidak betul, jabatan agama tidak betul. Jika terus dilayan, JAIS akan terheret dalam persepsi dia dan dilihat cepat melatah.

“Sedangkan isu dia kecil sahaja, banyak lagi agenda berkaitan agama Islam di Selangor yang perlu JAIS beri perhatian dan dititikberatkan.”

Kalau betul dakwaan Sajat, harap dia bolehlah kemukakan bukti.

 

Baca: Bercakap Dengan Media Luar Negara, Sajat Dakwa Dipukul & Diraba Pegawai JAIS Ketika Ditahan?

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.