in

Bercakap Dengan Media Luar Negara, Sajat Dakwa Dipukul & Diraba Pegawai JAIS Ketika Ditahan?

Collage 38

Macam yang korang semua tahu, Sajat kini telah pun menetap di Australia dan kini sedang menjalani kuarantin sebelum dibenarkan pulang ke rumah barunya.

Kontroversi mengenai Sajat melarikan diri ini turut mendapat perhatian media luar tau!

Semalam, NY Times mengeluarkan artikel bertajuk “Wanita Transgender Larikan Diri Dari Malaysia Selepas Diugut Penjara Kerana Memakai Tudung”.

Rasa terperangkap dalam negara sendiri

Dalam temubual tersebut, Sajat mengatakan yang dia kini boleh menjadi dirinya sendiri dan hidup bebas selepas mendapat perlindungan dari Australia.

Saya rasa terperangkap dalam negara sendiri, tempat saya lahir kerana undang-undang di sana menganggap saya jenayah dan menggolongkan saya sebagai lelaki.”

Dakwa dipukul dan diraba

Menceritakan saat dia dipanggil oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Sajat mendakwa sekurang-kurangnya tiga lelaki telah menendang dan menahannya.

Bukan itu sahaja, usahawan ini turut mendakwa dadanya telah diraba sebelum dia digari, ditahan dan didakwa di mahkamah Syariah dan perlu tidur satu malam di pusat tahanan lelaki.

Ibu Sajat yang menyaksikan serangan ke atas anaknya ini telah mempersoalkan tindakan pegawai agama namun dikatakan pegawai tersebut menjawab yang Sajat adalah seorang lelaki jadi tak salah.

Dorang rasa dorang boleh sentuh bahagian peribadi saya dan payudara saya kerana dorang menganggap saya lelaki. Mereka tak layan saya dengan rasa hormat ada berperikemanusiaan.”

Selepas insiden ini, Sajat telah pun membuat laporan polis dan beberapa hari kemudian pegawai JAIS tersebut dikatakan telah pun datang untuk memberi kenyataan namun tiada tindakan diambil.

Melarikan diri

Kerana takut dan panik, Sajat telah melarikan diri ke Thailand dan ditangkap kerana masuk secara haram. Sedar kesalahannya ini boleh menyebabkan dia dihantar semula ke Malaysia, Sajat telah meninggalkan Thailand secara senyap dan menetap di Australia dengan perlindungan.

Saya selalu dijadikan kambing hitam untuk alihkan perhatian dengan isu yang lebih besar dan kes saya disensasikan kerana saya aktif di media sosial.”

Screenshot 2021 10 21 At 11.01.05 Am

Menerusi Instagram, Sajat telah kongsikan artikel dari The New York Times ini dan mendakwa ia merupakan kisah benar.

Pun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada dakwaan Sajat ini betul atau tidak kerana pihak JAIS masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini.

 

Baca: Sajat ‘Tayang’ Rumah Baru di Australia, Seronok Ramai Ambik Berat Tentang Dirinya di Sana

Sajat Beli Rumah Baru Di Aussie