in

Caprice Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Bakal Terima Saman Daripada Asyraf Khalid

ft Caprice Asyraf Khalid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice ada membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes yang membabitkan seorang pempengaruh kecergasan.

Jelasnya, dia bakal menerima saman daripada 3 individu termasuklah usahawan Asyraf Khalid bersama 2 lagi individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan kes pukul yang melibatkan mangsa-mangsa yang telah didedahkan oleh Caprice sebelum ini.


Artikel berkaitan : Buat Tuduhan Melampau, Caprice Bakal Disaman Asyraf Khalid

Artikel berkaitan : Posting Caprice Berkenaan Artis Terkenal Terlibat Kes Amang Seksual Tarik Perhatian Netizen, Ramai Mula Berteka-teki

Jelas pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini menerusi Instagram miliknya lagi, mungkin dia akan dikenakan perintah injuksi untuk tidak bercakap mengenai isu ini di media sosial.

“Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa. Esok pagi (Selasa) menurut peguam saya, mungkin selepas terima 3 saman ini, akan ada satu injuksi daripada mahkamah supaya saya tidak boleh sebut tentang kes ini.”

“Sudah tentu saya akan lawan perintah injuksi itu, tetapi seperti anda semua tahu mahkamah di Malaysia ini prosesnya mungkin ambil masa selama 8 bulan atau setahun.”

Screenshot 2025 08 05 103831

Caprice turut membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia dan mendoakan agar kemenangan akan berpihak kepada yang benar.

“Untuk tempoh 8 bulan atau setahun, saya tak boleh cerita pasal kes ini. Mereka berjaya senyapkan Caprice.”

Malah, Caprice turut mendedahkan yang dia ada terima ugutan bunuh hanya kerana cuba membela nasib-nasib mangsa.

“Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok, lusa Insya-Allah di pihak mangsa.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa bengangnya dengan tindakan Asyraf kerana menjemput jurulatih kecergasan sebagai tetamunya dalam satu sesi audio siar. Perkara tersebut menjadi kecaman netizen kerana lelaki itu didakwa pernah melakukan penganiayaan dengan mencederakan beberapa orang individu.

Caprice turut mendakwa bahawa lelaki itu pernah memberi ugutan terhadap dirinya dan keluarga, malah rappers ini juga berkongsi semula beberapa foto kecederaan yang dialami mangsa akibat perbuatan lelaki itu.

Dalam pada itu, Asyraf pada minggu lepas mengatakan yang dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.