in

“Cantiknya wife” – Netizen Teruja Lihat Wanita Jerman Cuba Cakap Melayu, Tapi Kena Gelak Dengan Suami

Kahwinjerman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak sudah kita dengar kisah lelaki Malaysia yang mengahwini wanita daripada negara luar termasuklah dari Korea, Rusia, Jepun dan lain-lain.


Meskipun mempunyai perbezaan dari segi bahasa, budaya dan tempat tinggal, perkara ini tidak menjadi halangan selagi kedua-duanya berusaha untuk mempelajari lebih mendalam mengenai asal usul pasangan masing-masing.

Samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita Jerman ini yang mana video yang dikongsikannya di TikTok viral dek kerana percubaannya untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Menerusi video itu, wanita wargenegara Jerman tersebut dilihat gigih mahu bercakap dalam bahasa Melayu sambil videonya dirakam oleh si suami yang berasal dari Malaysia.

@amirchelly

Bila dia try cakap melayu

♬ original sound – Amirchelly????

Namun disebabkan salah cakap, wanita itu nampak ‘give up’ dengan usikkan suaminya yang ketawa dengan kesalahan isterinya itu. Halah halahhh sweetnya! 

 

“Ajarlah kita macam mana nak tackle orang German” 

Video TikTok yang dikongsikan Amirchelly ini mendapat 273,000 likes dengan lebih 1,500 komen tau.

Malah ramai di kalangan netizen terpesona dengan kecantikan isteri Amir dan sempat bertanya tips bagaimana nak kahwin dengan wanita Jerman. Amboi-amboi… 

Wanita German

 

“Cantik betul wife you macam model” 

Cantik Bini

Wah lepas ni ramai lah lelaki-lelaki yang bercita-cita nak ke Jerman ye. Mana tau ada rezeki dapat isteri orang Jerman kan? 

Baca: Lelaki Kelantan Kahwini Wanita Korea, Bawa Isteri Ke Kampung Halaman Untuk Kenali Budaya Tempatan

Korea

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.