in

“Cami nak tu…” – Viral Kisah Kanak-Kanak OKU Mahu Kaki Seperti Ibu & Abang, Keluarga Anggap Syahmi Anugerah Terindah Allah SWT

Cami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikurniakan anggota tubuh badan yang sihat dan lengkap dari segala segi adalah anugerah Allah yang hebat dan tak terhingga rasa syukur kita kepada-Nya.


Namun apakan daya, tak semua orang memiliki kesempurnaan yang diidam-idamkan seperti adik Syahmi yang berusia 10 tahun ini. Kisah adik Syahmi baru-baru ini mendapat perhatian netizen selepas ia viral di Facebook.

Menerusi perkongsian ibunya, Azlindahani, Syahmi katanya telah meminta hadiah untuk hari jadinya tidak lama lagi. Hadiah yang diinginkan Syahmi ialah memiliki sepasang kaki seperti ibu dan abangnya. Allahu anak… 

Perbualan menyayat hati .. luluh hati ibu … sedih xterkate …Ibu : syahmi bulan 10 nnt birthday cami … cami nk…

Posted by Rizal Hakimm on Monday, December 7, 2020

 

“Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami” 

Menceritakan pengalamannya menjaga Syahmi atau nama sebenarnya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, ibu Syahmi, Azlindahani Othman berkata, semua urusannya dipermudahkan semenjak dia melahirkan anak tersebut, lapor Harian Metro.

“Dia anugerah Allah yang sangat istimewa buat saya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 40, malah semua urusan saya dipermudahkan sejak melahirkannya,” katanya.

Syahmi yang merupakan anak bongsu pasangan itu telah dilahirkan tanpa betis serta mengalami masalah jantung berlubang dan mempunyai sebelah buah pinggang sahaja.

Syahmi

Menurut Azlindahani, reaksi Syahmi yang mahukan kaki dan ketinggian seperti ibu dan abangnya pada hari lahir itu membuatkan dia tergamam dan sebak kerana menyedari tak mampu menunaikan impian anaknya.

Saya sedih kerana tidak mampu tunaikan hajatnya itu sedangkan sejak Syahmi lahir, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk beri apa yang dia mahukan.

“Malah, bukan sekali tetapi pernah beberapa kali Syahmi luahkan keinginan sama iaitu berlari dan berjalan seperti abangnya tetapi saya cuba memujuknya dengan mengatakan dia tidak perlukan semua itu kerana sudah cukup istimewa,” katanya.

 

Sudah maklum keadaan Syahmi sejak hamil lagi 

Tambah Azlindahani lagi, dia juga sebenarnya sudah dimaklumkan mengenai keadaan anaknya itu sejak hamil lagi.

“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan meninggal dunia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.

“Ketika hamil empat bulan, doktor beritahu ada kecacatan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berbahaya.

“Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggugurkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang,” jelasnya.

 

Dengan izin Allah katanya, Syahmi selamat dilahirkan cuma dia pada mulanya tidak dapat menerima keadaan anaknya pada ketika itu.

Menurut Azlindahani, dia bimbang Syahmi tidak dapat hidup lama dan akan meninggalkannya tetapi dia mendapat semangat semula lepas doktor di IJN memberitahu jantung Syahmi boleh dirawat.

Sungguhpun mempunyai kekurangan, Syahmi katanya sangat mudah dijaga dan pernah dua kali saja dimasukkan ke hospital kerana demam dan cirit birit.

“Sejak itu, Syahmi tidak pernah jatuh sakit dan jika ada sekalipun, dia tidak akan ceritakan kepada saya kerana enggan saya bersedih,” katanya.

Sedihnya kisah anak ini. Semoga Allah beri dia dan keluarganya kekuatan dan kesihatan yang baik. Amin… 

Baca: “Ramai lagi yg susah kat luar sana” – Netizen Sebak Baca Tentang Kisah Lelaki OKU Berniaga Kecilan, Ayah Pula Baru Disahkan Kanser

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.