in

“Cakap mandarin pun comel”- Ramai ‘Melting’ Tengok Dhabitah Sembang Dalam Bahasa Mandarin

Ft Image Dhabitah Sabri Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang viral baru-baru ini disebabkan aksinya yang cute. Lagi-lagi sepanjang Temasya Sukan olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sekarang.



Namun terbaru, video Dhabitah sedang bersembang dengan wartawan sukan Astro Arena, Adam Zamri yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @IsaEzreen telah viral di media sosial semalam.

Video berdurasi 21 saat itu mendapat perhatian ramai netizen yang adore dengan kecomelannya.

Difahamkan Dhabitah berkata bahasa Mandarinnya tidak begitu bagus namun ia masih boleh difahami oleh atlet negara China.

 

 

Aksi comel Dhabitah mengundang pelbagai reaksi netizen, malah siap ada yang nak ambil kelas Mandarin dengan Dhabitah lagi.

Gatal eh koranggg…

Page

 

Untuk pengetahuan, Dhabitah telah mewakili Malaysia dalam acara 3m papan anjal wanita pada 1 Ogos lalu dan telah mendapat tempat yang keempat pada peringkat akhir Olimpik Tokyo yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.

Walaupun Dhabitah tidak memenangi sebarang pingat di Olimpik Tokyo di Jepun, tapi Dhabitah telah memenangi hati rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya.

 

Baca: Rilex je pakai Garnier Men Viral Dhabitah Guna Pencuci Muka Lelaki, Rupanya Ramai Wanita Pakai Juga

Capture 2 E1627982606906

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.