in

Cadangan Sekolah Bermula Jam 8 Pagi Cetus Pelbagai Reaksi, Ramai Tak Setuju?

Sekolah Lambatkan Ke 8 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad telah mencadangkan kerajaan untuk menetapkan sistem persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi.


Menurutnya, ia bertujuan bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.

Ibu bapa dan anak terpaksa bangun seawal 4.30 pagi 

Tambahnya lagi, kerajaan juga sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.

71662543386 Haripertama

Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.

“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap,” katanya.

Katanya lagi, ada juga para pelajar yang tak sempat bersarapan bersama keluarga kerana nak bergegas ke sekolah.

“Akan buat traffic jam lagi teruk” 

Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen tidak menerima baik cadangan tersebut dan menganggap perkara itu akan lebih memburukkan keadaan.

Malah ada juga yang mengatakan rutin harian mereka akan jadi terkejar-kejar kerana bertembung dengan waktu bekerja dan ibu bapa akan tetap memilih untuk menghantar anak-anak lebih awal.

Tak Setuju

Pun begitu, ada juga ibu bapa yang setuju dengan cadangan tersebut kerana merasakan para pelajar akan mempunyai masa lebih banyak dengan keluarga serta tidak perlu bangun awal pagi sehingga memberi kesan kepada mental dan emosi mereka.

Apa-apapun ini baru sekadar cadangan, belum lagi ditentukan oleh pihak kementerian. Harapnya pihak KPM dapat membuat keputusan yang terbaik berhubung isu ini. 

Baca: [VIDEO] Jeti Di Sabah Runtuh, Lebih 10 Pelajar Sekolah & Guru Terjatuh

Jatuh

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.