Banyak perkara yang menduga ketika tidak dijangka, terbaru sebuah jeti di Sabah telah runtuh dan mengakibatkan lebih 10 orang pelajar sekolah rendah terjatuh ke laut.
Menurut laporan Astro AWANI, difahamkan kejadian itu berlaku di Pulau Pababag, Semporna dan murid-murid yang terlibat dalam kemalangan itu dipercayai dari Sekolah Kebangsaan Pulau Pababag.
Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah 😭. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik 😢. pic.twitter.com/HftTe4aAwL
— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
“Dapat dari group WhatsApp. Siannya budak-budak sekolah. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer.
Semoga Allah balas jihad dorang dengan masa depan yang baik,” tulisnya di kapsyen.
Video berdurasi 30 saat yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @jonjonahah itu memaparkan beberapa orang guru cuba menyelamatkan pelajar-pelajar yang terjatuh ke dalam laut dan membawa mereka naik ke dalam bot.
“Allahu, kesian sangat. Kecil-kecil lagi semua”
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen, sudah pastinya ramai yang memohon kerajaan serta wakil rakyat di kawasan itu segera mengambil tindakan mengenai perkara ini.
Lebih memilukan, kelihatan beberapa buah buku teks yang telah diikat dengan tali bagi tujuan pemulangan semula, basah dan rosak.
Semoga perkara ini diselesaikan dengan serta-merta, kesian tengok adik-adik tu…
Baca: JKR Jawab Isu Jeti RM50k Di Sarawak, Mahal Sebab Sungai Banyak Buaya?