Bagi peminat Aina Abdul, korang pasti sedang on top of the moon sekarang sebab baru saja menonton Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung dengan hebat sekali di Istana Budaya, semalam.
Selain kemerduan vokal yang dipamerkan Aina yang menjadi perhatian semalam, sudah pastinya busananya yang lain dari lain juga menarik perhatian ramai.
https://www.instagram.com/p/CfQ5swFvGx1/
Salah satu busana Aina yang menjadi perhatian semalam ialah baju yang dilihat diperbuat daripada rambut. Eh rambut? Biar betul?
“Unforgettable dress for my dear Aina”
Penghasilan pakaian yang unik itu terbongkar di laman TikTok milik pereka fesyen @melindalooi yang menunjukkan cara-cara dia membuat busana tersebut daripada proses menggunting kain sehinggalah mengikat rambut-rambut tersebut.
@melindalooi An unforgettable dress for my dear Aina ❤️?? #fyp #tiktokmalaysia #fashion #hair #melindalooi #anightwithainaabdul
Kalau korang tengok kat atas ini, prosesnya memanglah rumit tapi sangatlah berbaloi bila ia kelihatan sangat cantik ketika dipakai oleh Aina.
Buat baju guna 150 unit rambut, rupanya rambut sebenar!
Menurut Astro AWANI, Aina berkata, idea menghasilkan busana berona hitam itu adalah menerusi perbincangan dengan penata gayanya, Abu Shaef Hamza.
Lebih menarik lagi pakaian itu katanya telah menggunakan lebih 150 unit rambut dan ia merupakan rambut sebenar. Bukan fake tau!
https://www.instagram.com/p/CfS-ofLvgI2/
Kesemua persalinan ada ceritanya masing-masing. Outfit yang pertama boleh dikatakan sebagai the alter-ego of Aina Abdul.
“Menggunakan lebih daripada 150 unit rambut, kita import rambut-rambut itu dan rambut di atas baju saya itu adalah rambut sebenar.
“Agak berat untuk dipakai tetapi selesa dan kukuh. Persalinan tersebut dibuat pereka Melinda Looi,” jelasnya.
Busana rambut yang dipakainya buat konsert tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana sangat teruja melihatnya dan memuji kreativiti di luar kotak yang sering dipamerkan penyanyi tersebut.
Lepas ni Aina nak pakai baju style macam mana pulak agaknya ye… kita tunggu!
Baca: “Dah macam sister” – [VIDEO] Buat ‘Trend’ Chanel, Netizen Pertikai Fesyen Aina Abdul