in

Bukan Sekadar Gaji Menteri, Elaun Penjawat Awam Juga Dipotong Sehingga 50% Selama 3 Bulan

Penjawat Awam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khasnya mengumumkan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan dan menyumbangkan ia kepada Akaun Amanah Bencana COVID 19.


Nampaknya langkah yang hampir serupa juga diambil oleh penjawat awam apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memberitahu, penjawat awam bakal menyumbangkan sebahagian gaji mereka selama tiga bulan atas tujuan yang sama, lapor Sinar Harian.

1021435

Menurut beliau, ia adalah satu cara penjawat awam menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap usaha kerajaan bagi perangi dan landaikan lengkung jangkitan COVID 19 dalam negara.

Inisiatif ini katanya akan melibatkan pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Sumbangan daripada lebih 800,000 penjawat awam tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta,” katanya.

Kadar sumbangan elaun Imbuhan Tetap Keraian (ITK) Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) A ke atas adalah sebanyak 50 peratus diikuti Jusa B (20 peratus), Jusa C (10 peratus) dan Gred 44 hingga 56 (lima peratus).

Manakala sumbangan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) daripada penjawat awam Gred 29 hingga 41 pula adalah sebanyak RM10.

Tambahnya lagi, diharap pengorbanan ini dapat menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga mereka.

Harap sedikit sebanyak sumbangan ni dapatlah bantu frontliners dan mereka yang terkesan akibat pandemik ini. 

Baca: Menteri & Timbalan Menteri Tak Ambil Gaji 3 Bulan, Sumbang Pada Akaun Amanah Bencana Covid-19

Cats

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.