in

Menteri & Timbalan Menteri Tak Ambil Gaji 3 Bulan, Sumbang Pada Akaun Amanah Bencana Covid-19

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui Perutusan Khas Perdana Menteri semalam mengenai Bantuan PKP 3.0, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara yang sama bakal dilakukan seperti sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 pada tahun lalu iaitu barisan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini.


Gaji mereka tersebut akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana untuk menampung perbelanjaan berkaitan Covid-19 di negara ini. Keputusan ini dilakukan sebagai tanda sokongan kerajaan untuk membantu negara menangani wabak yang melanda negara.

Menteri Kabinet Malaysia

“Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.”

 

Semuanya bergantung pada rakyat

Menurut Perdana Menteri, keputusan melaksanakan lockdown adalah suatu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat ekoran jumlah kes Covid-19 yang semakin naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

“Sama ada lockdown ini berjaya atau tidak, semuanya bergantung kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi.”

1000X 1

Disebabkan lockdown ini juga, hampir kesemua sektor ekonomi dan sosial ditutup untuk kurangkan pergerakan rakyat dan sekali gus dan memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. Korang pun kalau tak ada hal penting atau kecemasan, duduk je rumah. Selagi boleh beli barang online, haa online jelah.

Terima kasih kerajaan sebab berkorban untuk rakyat. Harapnya lockdown kali ini dapat turunkan kes. Takut la tengok kes harian beribu-ribu setiap hari.

 

Sumber: Utusan

Baca:[TERKINI] Golongan B40 Boleh Dapat Moratorium Selama 3 Bulan – PM

Capture

Sumber: Johorkini
Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.