in

“Bukan saya pengantinnya” – [VIDEO] Dah Siap Pakaikan Baju, ‘Groomstylist’ Terkedu Rupanya Salah Pengantin

Ft Pengantin Lelaki Silap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari kebelakangan ini, tular satu video dari negara jiran yang telah mencuit hati netizen ramai. Video tersebut memperlihatkan individu yang menatarias seorang pengantin lelaki.

Sedang sibuk menyiapkan pakaian dan memakaikan aksesori, lelaki yang dipercayai pengantin itu hanya ‘tadah badan’ sahaja membiarkan diri dipersiapkan sambil bertanyakan kepada groomstylist berkenaan dengan pakaian itu adalah untuk pengantin atau tidak.


Artikel berkaitan : Ramai Kritik Tetamu Pakai Songket Yang Sama Dengan Pengantin, Pemilik Video Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : Pengantin Terkilan Ada Tetamu ‘Spoil’ Rakaman Detik Indah Ketika Hendak Berarak Untuk Bersanding

Jurusolek atau groomstylist itu mengiyakan pertanyaan lelaki tersebut sebelum dijawab semula bahawa dia bukanlah pengantinnya, rupa-rupanya lelaki yang dipersiapkan itu adalah adik kepada pengantin lelaki.

Groomstylist tersebut dilihat terkedu sebelum terpapar gambar pengantin asal dan si adik ini. Dilihat kedua-duanya memiliki wajah yang mirip dan mungkin itu yang membuatkan groomstylist tersebut jadi keliru.

@win_1396

Tolong teman ku belaa ee ?. Semoga disegerakan jugaa pisss #kendarisulawesitenggara #kendari #kendariinfo #kendaritiktok #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #fypage #kendarisulawesitenggara❤️ #sulawesitenggara #agaklaen #agaklain @kendariinfo @IG : UMARRIDWAN01 @Alkes Kelor @OFFICIAL MAKASSAR INFO

♬ suara asli – Mine – Resolusi 2024 – win_1396

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang geli hati melihatnya dan geram dengan perangai si adik pengantin yang hanya membiarkan diri dipersiapkan tanpa memberitahu dari awal. Sebab jika diperhatikan, lelaki yang disangka pengantin itu telah siap disolek dan dipakaikan baju pengantin.

Screenshot 2024 02 23 121814 Screenshot 2024 02 23 121924

Aduihai, blur sangat ni sampai semua benda main ikut je.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.