in

Ramai Kritik Tetamu Pakai Songket Yang Sama Dengan Pengantin, Pemilik Video Beri Penjelasan

Sama Baju Songket Pengantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita meraih perhatian ramai apabila dia menggayakan pakaian songket yang dilihat sedondon dengan busana pengantin yang dipercayai majlis perkahwinan rakannya, baru-baru ini.

Menerusi video tular itu, dilihat wanita terbabit bergelak ketawa dengan rakan-rakan dan sempat disaksikan oleh pengantin lelaki yang sedang bersalaman dengan para tetamu.


Pada penghujung video, dipaparkan gambar wanita berkenaan bersama beberapa tetamu lain dengan pasangan pengantin.

Artikel berkaitan: “Dia buat macam majlis dia” – Wanita Terkilan Majlis Kena ‘Hijacked’ Dengan Orang Luar

Artikel berkaitan: “Tetap slay” – Nenek Bergaya Macam ‘Influencer’ Di Kenduri Kahwin Curi Perhatian Ramai

“Niat nak datang wedding member. Nampak tak? Pengantin dan tetamu sedondon,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Video terbabit telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu yang hadir ke majlis kahwin berpakaian songket sama seperti pengantin.

Netizen berpandangan situasi itu telah merosakkan mood pengantin dan menjadi pantang larang untuk hadir ke kenduri dengan berpakaian songket atau berwarna putih.

Pun begitu, ada yang berpendapat tiada masalah jika berpakaian songket ke majlis kahwin kerana wanita itu tidak berpakaian begitu menonjol berbanding pengantin.

Screenshot 2024 01 29 152025 Screenshot 2024 01 29 152043 Screenshot 2024 01 29 152109

Susulan video tular itu, pemilik video tampil beri penjelasan bahawa rakaman itu dibuat kerana menyifatkan situasi yang berlaku secara kebetulan itu melucukan.

Menurut pemilik video terbabit, pihak pengantin tidak berkecil hati dan keluarga pengantin turut terhibur dengan video berkenaan.

Tambahnya, jangan mudah mengecam atau seperti lebih tahu tentang perasaan pengantin hanya dengan melihat video sahaja.

Screenshot 2024 01 29 151953 Screenshot 2024 01 29 152004

Pemilik video pun dah bagi penjelasan, pendapat korang pula macam mana?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.