in

“Bukan salah Jack Carlin”- Pelumba Negara Jatuh Ketika Perlumbaan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

F1 Bsk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila pelumba basikal negara iaitu Shah Firdaus Sahrom yang terjatuh selepas berlanggar dengan pelumba lain ketika perlumbaan saringan acara keirin di Olimpik Tokyo. Ada segelintir netizen Malaysia kemudiannya melempiaskan kemarahan mereka kepada pelumba dari Britain iaitu Jack Carlin yang didakwa menjadi punca kemalangan itu.


Ini menyebabkan Instagram Jack Carlin dibanjiri dengan pelbagai komen negatif netizen Malaysia sehingga dia terpaksa menghadkan jumlah komen di laman media sosialnya itu.

Bsk 4

Namun, menurut Harian Metro, kemalangan itu bukanlah berpunca daripada pelumba Britain. Sebenarnya, Matthijs Buchli iaitu pelumba dari Belanda yang memotong ketika perlumbaan dan ini menyebabkan dia terlanggar pelumba Britain dan sekali gus Carlin pula mengelak dan Shah Firdaus yang menjadi mangsa.

Bsk 6

Dalam kemalangan itu, pelumba dari Kazakhstan iaitu Sergey Ponomaryov turut terjatuh. Korang boleh baca penjelasan netizen ni untuk lebih faham tentang apa yang berlaku semalam.

Bsk 3

Dalam pada itu, rata-rata netizen Malaysia yang lain menyeru pengguna media sosial di negara ini untuk tidak menyerang individu atau atlet dari negara lain di Instagram atau Twitter. Ada yang berpendapat kemalangan ketika perlumbaan adalah perkara normal dan tiada atlet yang sengaja mahu mencederakan atlet lain ketika bertanding.

Bsk 2

Selain itu, ada juga netizen lain yang mengatakan ‘bawang rangers’ tak sepatutnya meninggalkan komen yang negatif di Instagram atau Twitter seseorang individu walaupun ada rasa tak puas hati tentang sesuatu isu.

Bsk 5

Betul apa yang dorang cakap tu. Walaupun kita hanya penyokong, kita tetap kena pamerkan sikap professional ketika menonton perlawanan atau sukan. 

Sumber: Harian Metro

Baca: Olimpik Tokyo: ‘Bawang Rangers’ Banjiri IG Atlet Britain Lepas Berlanggar Dengan Shah Firdaus

Bsk1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.