in

“Bukan penampakan, dia manusia..”

Bukanhantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa ada muat naik satu gambar ketika majlis angkat sumpah senator pada hari kedua persidangan Parlimen kat media sosial. Gambar tu buat ramai tertanya-tanya dan curiga dengan satu ‘kelibat misteri’ yang hadir kat majlis tersebut.


Ramai mempersoal identiti misteri yang disalah sangka sebagai hantu, sampai ada yang cakap ahli politik bawak bomoh ke Parlimen.

Tahniah
sumber: twitter

Pun begitu, Free Malaysia Today melaporkan yang penampakan tu bukanlah sebarang makhluk halus ataupun hantu tetapi manusia! Fuh nasib baik! 

Individu tersebut telah disahkan merupakan tetamu kepada P. Waytha Moorthy, Pengerusi Hindraf yang telah dilantik sebagai senator dan Menteri Perpaduan.

Arunachalanandaji1
sumber: fmt

Lepas kes penampakan ni tular, Waytha meluahkan rasa sedih kerana pengguna media sosial tergamak menghina kemunculan cendekiawan Hindu yang menemaninya ke Parlimen itu.

Dikenali sebagai Arunachalanandaji, Waytha menjelaskan bahawa kawannya ni bukan warganegara India tapi menetap di India dan sangat dihormati kerana kebijaksanaan serta dedikasinya.

sumber: twitter

“Beliau ialah saudara saya yang melepaskan kehidupan selesa demi keamanan dunia dan hidup di sebuah gunung terpencil di India.” 

“Saya fikir disebabkan beliau mendedikasikan lebih 30 tahun hidupnya untuk keamanan dunia, beliau paling sesuai untuk menyerikan upacara saya angkat sumpah.”

Mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk menyebarkan keamanan dunia dan keharmonian masyarakat, Arunachalanandaji hadir ke Dewan Negara bagi menyaksikan Waytha dan empat lagi individu mengangkat sumpah sebagai senator dan anggota Kabinet.

101311P0Gnqzy0Vsts27Rv
sumber: blog

Netizen yang kat Twitter kemudian meminta semua supaya berhenti hina Arunachalanandaji dan sebar benda-benda mengarut kat media sosial. Bomoh lah, hantu lah, ape daa korang ni.

Komen 3
sumber: twitter

Haa tu lah, lain kali check dulu betul-betul sebelum sebar. Kesian orang tu tak pasal-pasal kena tuduh jadi hantu tau!

Baca: Pengerusi Hindraf Dilantik Senator

Ok 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.