in

“Bukan niat saya…” – Pernah Buka Cerita Hamil Anak Aniq Suhair, Wanita Tampil Mohon Maaf

Aniq Suhair Tea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 


Itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada wanita yang mendakwa dirinya sedang hamil anak kepada pelakon baru nak up, Aniq Suhair.

Artikel berkaitan: “Dia mengandungkan saya” –  Wanita ‘Spill Tea’ Pasal Pelakon Muka Jambu, Ramai Dah Jadi ‘Mangsa’?

Artikel berkaitan: Tular Isu Mengandungkan Perempuan, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan

Dalam beberapa siri video TikTok, wanita berkenaan menunjukkan beberapa bukti yang dia sudah terlanjur dengan peserta Hero Remaja itu sehingga mengandung, dia juga mendakwa bahawa bukan dia seorang sahaja mangsa kepada Aniq itu.

Pun begitu, pelakon muda itu memuat naik sebuah kenyataan di laman Instagram miliknya dan memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung berita yang tular mengenainya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Terbaru, akaun TikTok yang memulakan cerita itu mengeluarkan kenyataan dia memohon maaf kerana apa yang dikatakannya itu adalah palsu.

Cats 2

Segala tuduhan yang dibuat terhadap pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali itu adalah tidak benar dan dia meminta maaf kerana isu itu menjejaskan nama serta karier lakonannya.

“Ini satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan (Aniq). Tidak seharusnya saya memuat naik kandungan seperti itu. Sekali lagi saya meminta maaf atas perkara tersebut. Assalamualaikum,” tulis individu tersebut.

Selain itu, semua video yang dimuat naik olehnya sebelum ini telah pun dipadamkan dari akaun TikTok tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.