in

“Bukan main-main” – Pakar Psikologi Sahkan, Lapar Memang Boleh Buat Orang Emosi?

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hidup korang mesti ada orang terdekat yang senang betul marah atau emosi kalau lapar kan? Sebab tu lah omputih sampai ada term ‘hangry’ (hungy + angry).


Walaupun masih belum dibuktikan dengan sains, baru-baru ini pengkaji sahkan melalui kajian yang dibuat bahawa kekurangan makanan boleh buatkan orang cepat emosi selepas dorang temui hubungan di antara lapar dan mood seseorang individu.

Menurut The Guardian, dalam salah satu kajian pertama yang dibuat untuk menilai bagaimana kelaparan boleh mempengaruhi emosi seseorang dalam kehidupan seharian, pakar psikologi menemui yang semakin lapar seseorang itu, dia boleh jadi semakin marah.

Kajian ini dibuat selepas seorang pakar psikologi sosial di Universiti Anglia Ruskin UK, Prof Viren Swami berasa lapar dan marah serta merasakan yang dia patut buat sesuatu tentang perkara ini. Ini kerana, perasaan tersebut buatkan dia tertanya-tanya adakah ia merupakan fenomena semulajadi.

Scientists Confirm Feeling Hangry Is A Real Thing 363421 1280X720 1

Dalam jurnal di Plos One, Prof Viren menulis bahawa dia telah bekerja dengan pengkaji dari Austria dan Malaysia serta telah merekrut seramai 64 dewasa berusia 18 hingga 60 tahun untuk mengkaji emosi dan perasaan mereka apabila lapar dalam tempoh 5 kali sehari selama tiga minggu.

Walaupun hubungan di antara lapar dan emosi masih dikaji di makmal, sukarelawan yang menyertai kajian ini telah menilai emosi mereka ketika menjalankan rutin harian.

Rupanya, perasaan marah akibat lapar adalah perkara yang benar-benar berlaku.”

Kajian ini juga telah menimbulkan perkara yang penting di mana Prof Viren percaya, kanak-kanak yang pergi ke sekolah dalam keadaan lapar kurang berkemungkinan untuk belajar dengan efektif dan mempunyai kemungkinan untuk mempunyai sikap bermasalah.

Prof Viren mengatakan, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak cukup makan dan mengenali emosi yang mereka alami adalah kerana lapar supaya boleh mengurangkan kesan negatif.

Kebanyakan masa, kita mungkin sedar dengan apa yang kita rasa tapi tak faham penyebabnya. Jika kita boleh labelkan apa sebabnya, kita ada peluang untuk lakukan sesuatu.”

 

Baca: “Berbuka 5 ketul lekor” – Suami Biar Isteri Berlapar, Alasan Sebab Nak Ajar Hidup Susah

Screenshot 2022 07 12 At 3.52.54 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.