Tidak semestinya apa yang kita dah lalui semasa kecil dahulu, perlu kita terapkan kepada anak-anak kita.
Tapi mana yang baik tu kita amalkan lah, cuma kalau nak heret mereka untuk sama susah sampai tak makan macam kita dulu, rasanya cara didikan itu memang pelik dan toksik.
Seorang lelaki yang bergelar ayah tergamak membiarkan isteri bersama anak-anaknya tak cukup makan walaupun mampu.
Buka puasa 5 ketul lekor semalam
Perkongsian ini diberikan menerusi satu Group Facebook dan merebak ke Twitter, bila baca apa yang dilalui oleh si isteri ini memang ramai netizen yang bengang.
Si suaminya itu sebenarnya mampu untuk menyara mereka sekeluarga tetapi alasan yang digunakan adalah mahu didik anak-anak dan keluarganya untuk hidup susah kerana si suami juga dulu seperti itu.
Tambah si isteri lagi, perbelanjaan suami kebanyakannya disalurkan kepada ibu bapanya, barulah disalurkan kepada si isteri.
“Suami selalu cakap biar dia tak makan yang penting keluarganya makan dan sekarang saya pun turut sama tak dapat makan asalkan keluarga suami ada makanan.”
Kenapa nak traumatize isteri dia dengan trauma dia? – Netizen
Tweet yang telah meraih hampir 3,000 jumlah perkongsian ini membuatkan ramai netizen marah apabila membacanya, ada yang marah pada suami dan ada juga yang marah dengan isteri yang turutkan apa sahaja. Dalam masa yang sama, ada juga yang marah dengan keluarga belah lelaki.
Memang lah betul kena balas jasa mak ayah tapi takkan lah sampai putus makan kan? Allahu…
Baca : Isteri Dirantai Macam Anjing & Dibiarkan Kelaparan Hanya Kerana Masak Sup Tak Sedap