in

Polis Tutup Pusat Sembelihan Kucing, 197 Si Bulus Berjaya Diselamatkan

Cats 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis berjaya menghentikan semua operasi sebuah pusat sembelihan kucing berskala industri di wilayah Dong Thap di Vietnam. Difahamkan, mereka tersebut mampu menyembelih sehingga 500 ekor kucing sehari untuk dijual kepada pelanggan.


Menurut sumber, pusat penyembelihan tersebut telah beroperasi selama lebih sedekad dan telah berdepan dua serbuan polis sejak beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, operasi mereka hanya mampu dihentikan selepas mendapat campur tangan pihak berkuasa.

Pusat Sembelihan Kucing

Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa mendapati pemiliknya tidak memiliki dokumen yang sah. Lima tan daging kucing juga telah dimusnahkan oleh pihak polis di hadapan pemilik premis yang merayu agar rumah sembelihan itu tidak ditutup. 

Walau bagaimanapun, rayuan tersebut tidak diendah dan serbuan tetap diteruskan.

Penutupan pusat penyembelihan itu dipuji ramai yang menganggap ia sebagai detik penting kepada kebajikan haiwan di Vietnam.

Soi Dog Foundation International, sebuah organisasi kebajikan haiwan berpangkalan di Thailand menyokong penjagaan 197 ekor kucing yang diselamatkan dari pusat penyembelihan itu.

Untuk rekod, yayasan tersebut dicipta untuk menamatkan perdagangan daging anjing dan kucing di seluruh Asia.

“Ini adalah kali pertama kami melihat operasi skala ini ditangani dengan cara ini dan kami sangat gembira dengan hasilnya,” kata jurucakap yayasan berkenaan.

Syabas buat pihak berkuasa yang terlibat dalam operasi ini!

Kredit: Kosmo

BACA: Lelaki Terkejut Rumah Banjir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.