in

Kongsi Pengalaman Nyaris Diculik ‘Lelaki Kucing’, Polis Cari ‘Athirah’ Untuk Bantu Kes Hilang Sharlinie

Mana Sharlinie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

13 tahun lalu, misteri kehilangan budak perempuan bernama Sharlinie Mohd Nashar, 4, menjadi antara berita hangat yang diperkatakan orang ramai.


Namun sehingga kini, masih tiada petunjuk di manakah kanak-kanak itu berada sekarang dan apakah yang berlaku kepadanya sehingga kini.

23Hmsha2.Jpg.transformed

Namun baru-baru ini, muncul sebuah video TikTok yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Athirah kononnya menceritakan pengalamannya ‘hampir’ menjadi mangsa culik seperti Sharlinie pada 13 tahun lalu.

Susulan video tersebut, pihak polis kini sedang mengenal pasti pemilik akaun bernama Athirah ini untuk dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sharlinie, lapor Harian Metro.

Polis tidak pernah menutup kes Sharlinie yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya pada 2008. Malah, jika ada maklumat baharu kita menyiasatnya semula,” kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar M M Sree.

Iluminasi Kes Tidak Selesai Malaysia4
Keluarga sharlinie

 

Athirah dakwa lelaki kucing suspek culik Sharlinie? 

Menurut gadis terbabit menerusi video TikToknya, dia telah berkongsi pengalamannya terserempak dengan individu yang digelar ‘lelaki kucing’ disyaki menjadi suspek kepada beberapa kes penculikan kanak-kanak sekitar 2008.

Dakwanya lagi, dia tidak menuruti ajakan lelaki itu sebaliknya terus masuk ke dalam kedai dan tidak lama kemudian mendengar berita akan kehilangan Sharlinie yang dikaitkan dengan ‘lelaki kucing’ itu.

‘Athirah’ juga mendakwa teringat lelaki tersebut sebaik melihat lakaran wajah suspek yang diedarkan pihak polis. Walau bagaimanapun, hasil carian netizen dan admin sendiri di page TikTok Athirah, video tersebut nampaknya sudah dipadam.

Athirah

Terdahulu, kehilangan Sharlinie yang berusia 4 tahun pada 9 Januari 2008 telah menggemparkan negara yang mana sebelum itu kita juga dikejutkan dengan tragedi menimpa seorang lagi kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin yang diculik dan dibunuh.

Peristiwa kehilangan Sharlinie itu katanya berlaku ketika mangsa bersama kakaknya, Sharliena (7 tahun) dalam perjalanan pulang ke rumah dari taman permainan yang 200 meter dari rumah sewa mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.

Harap Athirah dapatlah membantu kes siasatan Sharlinie yang telah menemui jalan buntu selama 13 tahun ni. 

Baca: “Terima kasih Doraemon” – Hampir Jadi Mangsa Bunuh Seperti Nurin Jazlin, Gadis Cerita Pengalaman Didekati ‘Lelaki Kucing’

Nurin

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.