in

“Budak sekarang demi content, sanggup!” – Youtuber Buat Hal Konon Nak Beri RM10K Depan Istana Negara, Last-last Kena Halau Dengan PDRM

Rm1Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah namanya suka mengambil kesempatan!


Di saat petugas media dan para ahli politik sibuk keluar masuk Istana Negara demi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara, datang pulak seorang Youtuber buat ‘gimik’ tak kena gaya di sana semalam.

 

“Habiskan RM10K bagi wartawan di Istana Negara…” 

Menurut Malay Mail, seorang Youtuber Malaysia yang dikenali dengan nama Isa Isarb telah muncul di hadapan Istana Negara dengan tujuan untuk memberi RM10,000 dalam bentuk RM1 kepada setiap seorang wartawan yang berada di sana. 

Isa yang terkenal sebagai Youtuber yang kerap membuat video prank di sosial media kemudian telah memuat naik video tersebut di Facebook.

“Semalam Agong beri McDonalds, hari ini KFC, jadi hari ketiga Isa Isarb nak habiskan RM10,000 (dalam bentuk RM1) depan istana,” katanya di dalam video tersebut.

Habiskan RM10K Bagi Wartawan Di Istana Negara !

Kita buat challenge habiskan RM10,000 memberi orang yang berada di hadapan istana negara.

Posted by Isa iSARB on Wednesday, February 26, 2020

Isa walau bagaimanapun semasa dalam perjalanan menuju ke Istana Negara berkata yang dia agak risau dengan ‘challenge’ yang bakal dilakukannya ini kerana bimbang disalah anggap untuk memberi rasuah atau berpihak kepada mana-mana parti.

 

Dah edarkan RM600, tapi kena halau dengan PDRM?

Sebaik saja tiba di Istana Negara, Isa dan rakan-rakannya telah mengedarkan RM1 tersebut kepada orang awam termasuklah golongan wartawan, jurugambar dan jurukamera yang bertugas di perkarangan istana tersebut.

Rasuah

Ramai yang pada mulanya terkejut dengan tindakan Isa dan ada juga yang kembalikan wang tersebut kena was-was dengan niatnya.

Menurut video itu, Isa berjaya mengedarkan lebih kurang RM600 sebelum dia dan rakan-rakan dihalau pihak berkuasa yang curiga dengan tindak tanduk mereka. Walaupun Youtuber ini ada menjelaskan yang perkara yang dia lakukan tu sekadar ‘for fun’ namun pihak berkuasa bertegas mahu mereka meninggalkan kawasan berkenaan.

Halau 1

Halau 2

Malah dorang ni pun sempat kena follow dengan polis lagi yang kemudian memberi amaran supaya dorang hentikan buat stunt macam ni sebab perkara ni boleh disalah anggap sebagai satu rasuah pulak. Haih macam-macam!

 

“Kira baik tak kena kutip dengan polis” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang tak setuju langsung dengan apa yang dilakukan Youtuber tersebut.

Apa yang dilakukannya ini dianggap sebagai satu cara untuk mengumpul views dan subscribers tanpa memikirkan undang-undang dan keselamatan ketika merakam video tersebut.

Ganggu

Haih dah jadi macam apa dah situasi depan istana tu min tengok. Makin ramai golongan yang suka mengambil kesempatan di sana ye? 

Baca: “Baik tolong orang miskin, macam melampau je” – Netizen Tak Setuju Terlalu Banyak ‘Sumbangan’ Kepada Petugas Media di Istana Negara?

Banyak Goodies Angat

Sumber: Malay Mail
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.