in

Budak 12 Tahun Melecur Satu Badan, Terjatuh Ketika Ambil Bola Dalam Rumah TNB

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beriadah dengan kawan-kawan memang menyeronokkan. Namun begitu, aspek keselamatan perlulah diutamakan pada setiap masa. Oleh itu, jika ternampak kawasan berbahaya, kita kena jauhi tempat tersebut kerana bimbang akan mencederakan kita.


Pada hari Khamis lalu, viral mengenai seorang budak lelaki berusia 12 tahun melecur satu badan ketika sedang bermain bola di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

L1 1

Dikatakan, kejadian berlaku sekitar pukul 4.40 petang di mana mangsa bernama Mohd Darwisy Zarif Mohd Khairi sedang mengambil bola yang terpelanting ke dalam sebuah rumah TNB berdekatan dengan memanjat pagar yang berkunci.

Artikel berkaitan: Gelandangan Melecur Lepas Lelaki Mabuk Pedajal Bakar Tilam Masa Tidur

Artikel berkaitan: Kulit Melecur? Buat 5 Perkara Ini Untuk Elak Parut Kekal!

Namun begitu, dia dilaporkan terjatuh lalu tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa elektrik itu. Disebabkan itu, dia terkena renjatan elektrik yang mengakibatkan satu badannya melecur.

Img 20231116 Wa0154 750X563 1

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hirman Mat Rodzi mengatakan bahawa pasukannya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.55 petang.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.”

Pihaknya juga telah melakukan ‘size up‘ bagi memastikan keselamatan kawasan bilik janakuasa itu sebelum diserahkan pada TNB untuk tindakan lanjut. Kini, Mohd Darwisy sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Disebabkan kejadian menyayat hati ini, ramai netizen meluahkan rasa kasihan dan simpati dengan mangsa di samping mengharapkan kesembuhan cepat buatnya.

 

L4

Semoga adik Darwisy segera sembuh daripada ujian ni. Amin!

Sumber: UtusanMalaysia, Bernama, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.