in

Kulit Melecur? Buat 5 Perkara Ini Untuk Elak Parut Kekal!

Kulit Melecur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Aduh, sakitnya! Tangan melecur pula terkena kuali!” Bagi suri rumah di luar sana, kecederaan kecil sebegini merupakan perkara biasa. Tetapi, ramai yang tidak ambil kisah dan biarkan luka sembuh sendiri. Jangan macam tu… Sebenarnya, ada caranya untuk merawat luka melecur di rumah.


Kulit melecur boleh meninggalkan parut yang kekal jika tidak dirawat dengan betul. Kalau boleh, jangan sapu minyak dan kopek luka.

Kami ada 5 tip mudah yang boleh anda lakukan sekiranya jari atau tangan mengalami luka melecur yang kecil.

5 cara untuk merawat luka melecur di rumah Luka Melecur

Kebelakangan ini, ada banyak pula kes melecur yang berlegar-legar di media sosial. Lepas satu, satu lagi kes baharu dicatatkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kita semua perlulah tahu langkah first aid untuk merawat luka melecur. Lagipun, malang kan tak berbau!

Lakukan tip dibawah untuk merawat kulit melecur di rumah:

  1. Lalukan air sejuk pada kawasan yang melecur selama 10-15 minit sehingga kesakitan berkurangan. Anda juga boleh letakkan kain bersih yang lembap pada kawasan luka.
  2. Tangan mungkin akan membengkak. Jadi, buka sebarang perhiasan seperti cincin, gelang dan sebagainya.
  3. Jangan kopek kulit yang menggelembung atau berkudis dengan kuku. Jika tangan berdarah, cuci dengan sabun dan air. Kemudian, sapukan ubat antibiotik dan tutup dengan kain atau pembalut luka.
  4. Sapukan pelembap pada luka melecur. Jangan sapukan minyak atau mentega pada luka. Ia tidak akan membuatkan luka jadi lebih baik. Anda boleh letak jeli petroleum 2-3 kali sehari.
  5. Jika anda alami kesakitan, ambil ubat tahan sakit. Ubat ini boleh dibeli di farmasi berdekatan.

Apa pula yang perlu dilakukan sekiranya luka teruk?

Luka Melecur

Sekiranya luka melecur yang dialami sangat teruk, lakukan perkara ini sehingga bantuan tiba. Jangan lupa telefon 999!

  1. Lindungi mangsa dari kecederaan. Jika anda boleh selamatkan mangsa, pastikan mereka berada jauh dari api atau air panas.
  2. Pastikan mangsa masih lagi bernafas.
  3. Buka barang kemas, tali pinggang dan barang-barang lain terutamanya yang berada di kawasan yang terjejas. Kulit yang terbakar selalunya akan bengkak dengan pantas.
  4. Tutup luka dengan kain bersih.
  5. Pastikan kawasan luka lebih tinggi dari dada. Contohnya, jika tangan mangsa terbakar, cuba naikkan tangan pesakit melebihi paras dada.
  6. Perhatikan sebarang tanda-tanda kejutan. Antara simptom-simptomnya ialah kulit yang sejuk, nadi perlahan dan pernafasan yang pantas.

Lecuran yang kecil selalunya akan sembuh sendiri tanpa rawatan. Tetapi, sekiranya kawasan kulit yang melecur itu besar, pastikan anda bergerak ke hospital secepat mungkin!

BACA: Paip Sinki Meletup Gara-gara Jiran Guna Asid, 2 Kanak-kanak Cedera  

Lecur Asid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.