in

Gelandangan Melecur Lepas Lelaki Mabuk Pedajal Bakar Tilam Masa Tidur

Ft Tilam Gelandangan Dibakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang gelandangan mengalami lecuran pada bahagian punggung dan kaki selepas tilamnya terbakar, ia dipercayai daripada perbuatan khianat, kejadian itu berlaku di sebuah kaki lima bangunan kedai yang terletak di Taman Kampian, Kedah semalam.


Disebabkan insiden yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu, telah berlaku kerosakan pada pintu di dua buah kedai yang terletak berdekatan dengan lokasi mangsa tidur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada anggota bomba Sungai Petani mengenai kejadian pada pukul 11.10 malam, semalam.

Screenshot 2023 06 02 191301

Tambah Zaidy, hasil siasatan mendapati bahawa sebanyak 25 peratus kemusnahan iaitu di bahagiaan kaki lima dan pintu dua buah kedai iaitu kedai akuarium ikan dan sebuah stor dengan anggaran kerugian RM10,000.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 62 tahun mengalami cedera melecur 11 peratus di bahagian punggung dan kaki dan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk diberi rawatan,”

Jelasnya lagi, hasil temubual dengan mangsa dan pemilik kedai memaklumkan mereka tidak bergaduh atau berhutang dengan sesiapa.

“Mangsa merupakan seorang gelandangan yang tidur di kaki lima bangunan kedai tersebut sejak dua tahun lalu selepas mengalami kemalangan dan mangsa juga berjalan menggunakan tongkat,” ujarnya.

Screenshot 2023 06 02 191318

Tambahnya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai berhampiran, seorang lelaki didapati datang ke lokasi kejadian dengan menunggang motosikal kira-kira pukul 9.30 malam, namun jenis motosikal dan nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan.

“Rakaman CCTV tersebut menunjukkan suspek berjalan dalam keadaan terhuyung hayang dipercayai akibat mabuk.”

“Suspek juga dilihat menuju ke arah mangsa namun perlakuannya terhadap mangsa tidak dapat dilihat melalui CCTV kemudian suspek dilihat bertindak membakar tilam di kaki lima bangunan serta melarikan diri dengan motosikalnya itu,” katanya.

Tambahnya, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Baca : “Saya malas” – Warga Emas Selesa Jadi Gelandangan, Hanya Harap Duit JKM

Selesa Jadi Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.