in

“Buat malu Malaysia je” – Mat Rempit ‘Rembat’ Barang Moto Mat Salleh Terima Kecaman Netizen

Motoj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang pernah pasang cita-cita untuk keliling dunia. Tak kisah lah dengan apa cara sekalipun, semua mesti teringin dan mengembara. Orang cakap jauh perjalanan, luas pandangan. Betul, kalau kita mengembara, secara tak langsung, kita dapat kenal budaya dan adat setempat destinasi yang kita lawati tu.


Lain pulak cerita yang jadi ni. Seorang warga Australia yang nak travel satu dunia dengan motosikal terperangkap dekat Pulau Pinang disebabkan kerana barang moto-nya kena curi. Twitter @My_CrimeWatch ada share screenshoot rider berkenaan yang dipetik dari Facebook.

Malu ape bossku

D26G 75U4Aaupes.jpg LargeHai semua, saya kembali!

Brek saya dicuri di Pulau Pinang, Malayisa (ya, brake calliper dan break pad…) jadi, say terperangkap disini.

Saya telah hubungi semua Kedai Yamaha dan kedai motosikal berkuasa tinggi sekitar, tiada alat ganti baru dari Malaysia, Thailand atau Singapura. Saya telah menghubungi kedai di Australia, dan telah diberikan harga $1,500 Dollar Australia untuk kedua alat ganti tersebut (tidak termasuk cas penghantaran)”

Kalau ikutkan apa yang di katakan oleh mangsa, memang serius lah kes ni. Brek adalah satu komponen yang paling penting setiap kenderaan. Kalau rosak pun dah bahaya, ini hilang pulak, lagi lah bahaya untuk di tunggang.

Screen Shot 2019 03 31 At 1.55.05 PmTak lain mesti mat rempit yang rembat brek pad tu. Sebab yang tahu bab-bab moto ni mestilah orang yang minat moto juga. Kalau orang biasa dia tak kisah sangat

Buat malu Malaysia

Memang buat malu Malaysia je. Secara tak langsung, kita akan dilabel sebagai negara yang tak selamat, sebab kuat mencuri. Kalau benda ni kerap berulang, nanti mesti pelancong tak mahu datang negara kita dah

Screen Shot 2019 03 31 At 1.57.49 PmTolong lah pulangkan balik barang yang bukan milik kita dan jaga lah nama baik negara kita

Screen Shot 2019 03 31 At 1.55.35 PmMemang lah barang rare. Dan hanya orang yang tahu dan minat pasal moto sahaja yang tahu berapa nilai barang tu. Tapi walau rare macam mana pun, itu bukan alasan untuk mencuri. 

Sebagai seorang yang menggunakan motorsikal berkuasa tinggi, benda-benda macam ni lah yang saya paling takut. Walaupun kita dan ikhtiar untuk kunci moto kita dengan selamat, tapi yang ‘kaki rembat barang’ ni sentiasa ada trick untuk curi barang kita. Lagi-lagi yang tinggal dekat apartment macam saya ni. Harap-haraplah benda macam ni tak berlaku kepada saya. Dan kepada pencuri barang moto Mat Salleh ni, mereput lah kau dekat neraka sana!

 

Baca: Pakai Persona 1.6,  Motor Yamaha LC 135. Adakah  Ini Kenderaan Mewah #Belanjawan2019

Screen Shot 2019 03 31 At 2.24.50 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.