Bila dah masuk bulan Ramadhan ini, salah satu waktu terluang apabila ada masa lapang adalah menonton video-video iklan raya daripada macam-macam nama syarikat besar.
Nampaknya tahun ini tidak kurang juga sambutannya dan macam-macam syarikat yang dah mula turut serta, cuma apa yang jadi tak sedapnya apabila ada syarikat perjudian sendiri turut serta.
Umumnya, bulan Ramadhan dan Syawal ini merupakan bulan yang mulia, jadi tidak elok lah jikalau menggunakan hari suci ini sebagai cara untuk mempromosikan kegiatan judi tersebut, lebih menyedihkan lagi kebanyakan mereka yang berlakon dalam video raya itu adalah umat islam sendiri.
Dah kena ‘take down’
Video itu telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia dan baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berkomunikasi dengan pihak penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube untuk menurunkan video itu.
Menurut sumber, kegiatan mempromosikan judi di dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa PDRM.
Polis tengah cari penerbit & pelakon
Disebabkan itu, pihak polis kini sedang mengesan pihak-pihak yang terlibat dalam video raya tersebut.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka semua akan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Kes disiasat di bawak Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka Pihak SKMM juga akan dihubungi untuk membantu kesihatan.”
Dalam pada itu, Dato’ Sri Acryl Sani juga mengingatkan kepada orang awam untuk tidak kongsi atau menyebarkan video ini menerusi media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.