in

“Takkan dorang tak tahu ni semua judi?” – Netizen Kecam Syarikat Judi Selamba Buat Iklan Promosi Sempena Raya

Gdbet33

Kalau tengok sekilas pandang, nampak macam iklan raya yang biasa kita tengok dekat televisyen. Siap ada lagu raya yang catchy lagi.

Tapi korang tahu tak sebenarnya, iklan raya yang kini sedang viral di media sosial dan menjadi kecaman netizen ini sebenarnya iklan daripada syarikat perjudian? Alamak…

Malah lebih menyedihkan, iklan syarikat perjudian berkenaan juga turut menggunakan khidmat beberapa pelakon yang dipercayai Muslim serta berimej tudung dengan lengkap berpakaian baju Melayu menerusi iklan mereka itu.

Ey Qpu9Vgauy68H

Menurut Sinar Harian, antara bait lagu yang agak ‘tersentap’ bila kita dengar dari iklan tersebut,

Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya.”

Boleh tengok full video kat sini.

Video iklan tersebut yang dimuat naik di Youtube pada minggu lepas telah meraih lebih 50,000 tontonan, namun setelah mendapat kecaman netizen, iklan berkenaan telah dipadam kerana melanggar Garis Panduan Komuniti Youtube.

Ggg

 

“Salam PDRM iklan judi ni”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut ternyata terkejut dan tidak sangka syarikat perjudian tersebut sangat berani dalam menggunakan tema Hari Raya Aidilfitri sebagai promosi kepada iklan perjudian tersebut.

Judidi

Selain daripada komen netizen, iklan ini juga mendapat perhatian beberapa ahli politik termasuklah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan iklan perjudian itu seperti mahu mencabar undang-undang negara bahkan langsung tidak sensitif dengan kemuliaan bulan Ramadan, lapor Sinar Harian.

“Tanpa sebarang syak, iklan itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan.

“Kerajaan melalui SKMM wajib bertindak seberapa segera yang mungkin. Iklan itu wajib ditarik balik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili,” katanya.

Fuh gila berani ye buat iklan macam tu. Takut admin tengok.

Baca: “Jumpa 100 jongkong emas” – Kes Pukul Bodyguard: Terbongkar Rupanya Majikan Terlibat Judi Online & Jadi Ah Long

Emas

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter