in

Brunei Catat 5 Kes Baru COVID-19, Pesakit Dijangkiti Wabak Selepas Pulang Dari ‘Perhimpunan Agama’ Di Masjid Sri Petaling, KL

Brunei Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya tak ada negara yang terlepas daripada dijangkiti wabak COVID-19 selepas Brunei Darussalam telah mencatatkan 6 kes COVID-19 dengan kes pertama telah disahkan pada Isnin lalu.


Menurut Facebook Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam, selain dari kes pertama, 5 kenalan rapat pesakit tersebut juga telah didapati positif jangkitan virus tersebut dan telah diasingkan untuk rawatan di Pusat Kuarantin Negara di daerah Tutong. 

 

Jangkitan berpunca dari hadiri majlis agama tabligh di KL?

Menurut laporan tu juga, pesakit yang berusia 53 tahun tersebut telah pergi ke Kuala Lumpur bersama 3 rakannya pada 27 Februari 2020 lepas.

Dia katanya telah menghadiri satu perhimpunan keagamaan (tabligh) di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang juga dihadiri oleh lebih 100 orang yang berasal dari pelbagai tempat termasuklah Malaysia, Indonesia dan Thailand. 

Pesakit katanya telah pulang ke Brunei dengan rakan-rakan pada 3 Mac lalu melalui Miri, Sarawak. Setelah menyedari mempunyai simptom-simptom jangkitan, pesakit kemudian telah membuat pemeriksaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac 2020.

STATEMENT MEDIA BAGI SITUASI TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAMPada 10 Mac 2020Bertempat di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan @ Ministry of Health, Brunei Darussalam

Posted by Ministry of Health, Brunei Darussalam on Tuesday, March 10, 2020

 

Antara pesakit yang terjangkiti daripada pesakit pertama ialah isteri dan dua anaknya dan seorang rakan kepada kes pertama serta anak kepada rakan tersebut. Allahu…

89354317 10158464873198028 5925321183456133120 N

 

Rakyat Brunei takut, mula panic buying

Menerusi perkongsian di Facebook, beberapa gambar tular memperlihatkan situasi rakyat Brunei sekarang yang katanya telah menyerbu supermarket dan mula ‘panic buying’ gara-gara COVID-19.

Situasi yang sama juga pernah berlaku di Jakarta dan Singapura beberapa minggu lepas akibat kenaikan kes wabak secara mendadak. Kat Malaysia pun min tengok dah ramai tak pergi shopping mall ye. 

89476364 2285644148404465 79391276465651712 N

89990771 2285644208404459 301356479108087808 N

89179174 2285644285071118 5628050949118361600 N

Apa-apapun admin harap rakyat Brunei bawa bertenang dan jangan panik dengan apa yang berlaku. Yang paling penting, kita semua jaga kesihatan dengan baik dan sentiasa pastikan kebersihan diri. 

Baca: “Covid-19 ini ujian Allah supaya hamba-hamba kembali kepada-NYA” – Sheikh Abdul Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram

Raja

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.