in

7 Tradisi Ramadan Di Seluruh Dunia, Memang Meriah Betul!

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia disambut oleh lebih dari dua bilion Muslim di seluruh negara dan disebabkan ini, Ramadan disambut dengan pelbagai amalan, budaya dan tradisi mengikut sesuatu tempat.

Jadi sempena menyambut bulan suci ni, apa kata kita tengok macam mana saudara-saudara kita di tempat lain meraikan Ramadan serta tradisi yang mereka amalkan. Joms!


1. Mesir

1024X538 Cmsv2 Ba6537D2 Fbf2 5641 B0D0 298A2433071C 6629364.Jpg

Mesir terkenal dengan cara simbolik mereka untuk meraikan bulan istimewa ini. Dimana, setiap kali tibanya bulan Ramadan, seluruh Mesir akan diterangi dengan cahaya tanglung yang berwarna-warni. Tanglung tradisional yang dipanggil fanous ini akan dinyalakan pada waktu petang dan malam.

Asal-usul tradisi ini dikatakan mungkin datang dari Empayar Fatimiyyah apabila Khalifah Al-Mu’izz li-Din Allah telah disambut dengan tanglung berwarna-warni ketika beliau tiba di Cairo. Sehingga hari ini, ia telah menjadi salah satu tradisi bagi orang Mesir untuk memeriahkan jalan-jalan di sana ketika bulan Ramadan.

2. India

Sehriwala 4.Jpg

Seheriwalas di New Delhi merupakan tradisi yang sangat disukai di New Delhi, India dan dikatakan telah dibuat sejak zaman Empayar Mughal.

Apabila tiba bulan Ramadan, orang-orang kampung akan menyanyikan doa dan puji-pujian ke atas Allah dan Rasulullah SAW bagi memastikan semua orang bangun untuk sahur sebelum menunaikan solat subuh.

3. Indonesia

622F1Ecbb19Cd

Bagi membersihkan diri secara rohani dan jasmani sebelum bermulanya Ramadan, rakyat Indonesia dari pulau Jawa akan menjalani tradisi yang dinamakan sebagai Padusan.

Padusan membawa maksud “untuk mandi” dalam dialek Jawa dan orang Islam di sana akan berendam di dalam sungai, tasik atau sekadar mandi di rumah sebagai lambang penyucian.

Ia juga salah satu persediaan untuk mereka bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut bulan paling mulia dalam kalendar Islam ini.

4. Iraq

1651111225 Gettyimages 1211509195

Tradisi di Iraq ini telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu, di mana lelaki-lelaki akan berkumpul selepas berbuka puasa untuk bermain permainan yang dipanggil muheibes. 

Muheibes merupakan permainan di mana satu cincin akan diedarkan dari satu orang ke satu orang di bawah kain dan mereka perlu meneka siapa yang memegang cincin tersebut berdasarkan gerak tubuh mereka.

5. Turki

Img 20220404 Wa0009

Banyak perkampungan di Turki akan melantik seseorang yang akan menjadi pemain dram. Individu tersebut akan dipakaikan dengan baju tradisi Ottoman dan ditugaskan untuk mengejutkan orang sebelum azan subuh menggunakan dram tradisional Turki yang dipanggil davul.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Turki telah mengeluarkan kad ahli untuk pemain dram ini bagi menaikkan semangat mereka serta mahu mendorong anak-anak muda untuk meneruskan tradisi tersebut.

6. Emiriah Arab Bersatu

Hag Al Laila

Tak jauh beza dengan sambutan trick-or-treat ketika Halloween. Tradisi yang dipanggil Haq Al Laila, ini biasanya dibuat pada 13, 14 dan 15 Ramadan.

Tradisi yang bermula di Bahrain ini melibatkan kanak-kanak yang akan berjalan-jalan di kawasan kejiranan mereka sambil memakai baju-baju berwarna terang dan mengutip gula-gula sambil menyanyikan lagu tradisional tempatan.

7. Malaysia

Utu Pelita3

Di Malaysia pula, masyarakat Melayu Islam menjadikan pemasangan lampu pelita ketika penghujung Ramadan sebagai tradisi mereka.

Biasanya pelita akan dipasang di sekeliling rumah pada 10 malam terakhir Ramadan atau dipanggil sebagai malam tujuh likur.

Macam yang korang semua tahu, umat Islam akan mempertingkatkan ibadah mereka lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan bagi mengejar Lailatul Qadar.

Jadi, penyalaan pelita ini dibuat bagi menerangkan jalan untuk penduduk kampung yang pulang lewat dari masjid bagi melakukan ibadah.

Sumber: Karam, TMV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.