in

“Dah macam kena prank!” – Kepala Tersangkut Pada Beg, Atuk ‘Gelabah’ Cuba Keluarkan Cucu

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak ni, segala tingkah laku dan gelagat mereka semua kita tak boleh nak ramal. Mereka dalam fasa membesar, bersifat ingin tahu dan nak cuba banyak perkara yang mereka nampak menarik. Min pasti kita semua pun mesti ada buat benda-benda kelakar masa kita kecil dulu, kan?


Begitu juga dengan satu video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok @zureen, di mana kepala anak lelakinya tersangkut pada sebuah beg roda.

Menurut pemilik video ini, anaknya dikatakan sedang bermain-main, tanpa disedari kepala kanak-kanak itu termasuk pada bahagian pemegang beg roda itu.

@myrazureen

anak zureen main2 sekali x sedar termasuk kepala. #didiandfriends #anaksekolah

♬ original sound – zureen – zureen

Dalam video berdurasi 31 saat itu, kita dapat lihat lelaki berkopiah yang dikatakan datuk kepada kanak-kanak tersebut berusaha sedaya upaya untuk cuba mengeluarkan kepala cucunya. Macam-macam sudut dipusingnya kepala budak tu, tapi tak keluar-keluar juga!

Lelaki berumur itu juga cuba untuk menolak kepala cucunya, menyebabkan budak lelaki itu menjerit. Adoi… kesian kau, dik.

Atok dia panik… nasib tak call bomba… nasib anak aku ni panjang akal”

Walau bagaimanapun, budak lelaki itu lebih kreatif dalam menyelesaikan masalahnya sendiri. Setelah gagal dikeluarkan atuk berkali-kali, budak lelaki itu membuat keputusan untuk mengeluarkan kedua-dua bahunya dari pemegang beg tersebut.

Dia kemudiannya mengeluarkan separuh dari badannya yang kecil itu, dan akhirnya berdiri keluar membebaskan dirinya.

Video itu meraih lebih 40 ribu jumlah like di laman Tiktok, dan menerima pelbagai jenis reaksi dari netizen. Rata-rata netizen memuji tindakan bijak budak lelaki tersebut, ada juga yang berasa kasihan terhadap datuknya yang seperti kena prank.

9 18 16 5 4 4 3 4 1 4

Nasib baiklah boleh keluar kepala kau, dik… Kalau tak lagi panik dibuatnya atuk tu.

BACA: “Ligat betul” – [VIDEO] Abang-abang Jenuh Tahan Gelak Tengok Budak Berjoget Sakan, Raih Perhatian Netizen

Eee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.