in

“Tiada gejala, ujian saringan negatif”- Ini 3 Varian Berbahaya Dikesan Di Malaysia

Voc Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, negara kita dikejutkan dengan rekod harian tertinggi jangkitan Covid-19 sejak ia pertama kali dikesan pada Februari tahun lepas dengan 6,075 kes. Kali terakhir negara mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi adalah dengan 5,728 kes iaitu pada 30 Januari lalu.


E1Q5Jxivkaijlmn

Tambah memburukkan keadaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menyuarakan kebimbangan atas penemuan 3 penularan varian membimbangkan (VOC) kerana kes-kes terbaharu ini tidak menunjukkan sebarang gejala dan keputusan ujian saringan Covid-19 mereka adalah negatif!

Ramai pesakit tidak menunjukkan gejala, keputusan ujian saringan negatif, tetapi dalam keadaan kritikal

Dalam sebuah kenyataan semalam, Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan, sekarang ini terdapat 3 VOC yang berbahaya di Malaysia iaitu Afrika Selatan, United Kingdom dan India.

185087899 4380262071997647 8505737559976409256 N

Apa yang merisaukan adalah varian-varian ini merebak dengan lebih cepat dan ia berkait juga dengan kadar kematian yang tinggi sekarang ini. Pesakit-pesakit juga dikatakan tidak menunjukkan sebarang gejala seperti batuk atau selsema tetapi mengalami sakit sendi, lemah badan, lesu dan hilang selera makan.

VOC Terus Merebak ke Paru-paru

Selain tidak mengalami demam, para pesakit didapati mempunyai radang paru-paru dan ini hanya dapat dipastikan selepas ujian x-ray dilakukan.

E1Tpk5Dvoam2Ygj

Lebih mengeruhkan keadaan, para pesakit dikhabarkan mempunyai ujian saringan negatif, walaupun keadaan mereka sebenarnya pada tahap serius.

Tan Sri Dr Noor Hisham turut menekankan bahawa gelombang Covid-19 semasa lebih serius daripada gelombang sebelumnya. “Kita tidak boleh leka dan perlu sentiasa berhati-hati. Duduk di rumah jika anda tidak mempunyai perkara penting di luar. Kita harus mempraktikkan diri MCO, ”katanya.

 

Sumber:The Edge Market

Baca:[TERKINI] Kes COVID 19 Melonjak Ke Angka 6,075, Kes Harian Tertinggi Setakat Ini

Dg Hisham

Sumber: BFM
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.