in

“Boleh tak nak post apa-apa pakai otak sikit? – Mira Filzah Bagi Komen Pedas Isu Vaksin Konon Punca Kematian Pemanah Negara

Fi Miraa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang gadis memuat naik video mengatakan seolah-olah kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin adalah berpunca daripada darah tersumbat kerana pengambilan vaksin AstraZeneca.



Bukan saja itu, gadis tersebut turut mendakwa bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sengaja menyembunyikan punca sebenar kematian pemanah negara tersebut.

Mira 2 Edit

 

 

“Nak cakap ke tak eh”

Ternyata perkara tersebut telah menarik perhatian ramai pihak, dan turut berasa geram dengan perkara itu ialah pelakon popular Mira Filzah sendiri.

Mira 1

Mira seorang pelakon yang kita tahu mempunyai personaliti lemah lembut dan ternyata ramai tertarik dengannya.

Namun Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, sangat sensitif berkaitan kes ini dan memberi komen pedas di akaun Twitternya yang dimuat naik semalam.

Dia yang meluahkan rasa kecewanya kerana masih ada menyebarkan berita palsu seperti ini tanpa mengikut kesahihannya.

Mira juga menyeru supaya orang ramai untuk berfirikir dulu sebelum memuat naik apa-apa benda kerana hal ini boleh menyentuh sensitiviti sesebuah pihak.

“Boleh tak yang nak post apa apa dekat instagram ke twitter ke buat content ke, statement ke, bergurau ke, pakai otak sikit?” 

 

“Is that mira filzah”

Ternyata tindakan pelakon tersebut membuatkan ramai netizen terkejut kerana tak menyangka Mira yang selama ini kita nampak sebagai orang yang penyabar itu boleh memberikan komen yang makan dalam. Selain itu ramai juga yang menyokong tindakan Mira ini.

Reak Mira 1 Edit

Reak Mira 2 Edit

Reak Mira 4 Edit

 

Baca : “Ni bukan competition nak tengok keberanian” – Mira Filzah Puji Nabila Razali, Netizen Tak Setuju

Foot Mira

Sumber: Twitter
Sumber: Iluminasi
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.