in

“Boleh jahitkan balik kepala mak?” – Enggan Ke Hospital Psikiatri, Wanita Tikam Ibu Lebih 100 Kali

Boleh Jahitkan Balik Kepala Mak Enggan Ke Hospital Psikiatri Wanita Tikam Ibu Lebih 100 Kali 1 E1615687062379

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kepala ibu saya ada dekat konkrit sana. Boleh tak awak hidupkan seseorang semula jika dia dah takde kepala?”


Itu adalah pertanyaan yang diajukan Jessica Camilleri, 27, sebaik paramedik dan polis tiba di rumahnya selepas dia membunuh ibu kandungnya sendiri dengan kejam pada Julai 2019.

Jessica E1615613794322

Memetik laporan Daily Star, Jessica membunuh ibu kandungnya, Rita Camilleri, 57, dengan cara menikam wanita itu lebih 100 kali.

Insiden kejam itu difahamkan berlaku di kediaman mereka di St Clair, barat Sydney, Australia pada malam 20 Julai 2019.

Rita dibunuh selepas Jessica mengamuk kerana tidak mahu dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan psikiatri.

Kata kakak Jessica, Kristy Torrisi, Jessica mempunyai pelbagai masalah kesihatan mental. Namun begitu, dia menolak segala bantuan yang cuba diberikan keluarga dan pihak profesional, lapor news.com.au.

Rita E1615613890700

“Nyawa ibu saya diragut adik saya sendiri yang mementingkan diri. Saya takkan pernah memaafkan Jessica kerana dia sedar yang kami sekeluarga mahu membantunya sejak kecil lagi,” kata Kristy.

Jessica dikatakan telah mengheret ibunya ke dapur dengan menarik rambut wanita itu sebelum menikamnya. Malah, kepala ibu malang itu juga dipenggal dan lidah, mata dan hidungnya turut dipotong oleh Jessica.

Dakwa jenayah berlaku sebab ‘self-defence’

Jessica Calmerri E1615614063301

Jenayah kejam terbabit dilaporkan sendiri oleh Jessica. Tetapi, menurutnya, dia membunuh ibu kandungnya kerana mahu mempertahankan diri. Terang Jessica, Rita cuba untuk menikamnya.

Ketika polis tiba di lokasi, mereka menemukan Jessica yang dipenuhi darah. Wanita itu juga bertanyakan pada paramedik sekiranya mereka mampu melakukan ‘magis’ untuk menghidupkan ibunya selepas menjahit kepala wanita itu semula.

Rita Calmerri E1615613734203

Pun begitu, Jessica akhirnya ditahan dan dijatuhkan hukuman 21 tahun dan tujuh bulan penjara selepas didapati bersalah membunuh Rita dengan kejam.

Menurut pihak mahkamah, Jessica tidak layak menerima konsesi disebabkan masalah kesihatan mental dihadapi kerana jenayah yang dilakukannya terlalu kejam.

“Dia (Jessica) faham tindakan yang dilakukan semasa menikam ibunya dan dia juga tahu ia perbuatan yang salah,” kata hakim Justice Helen Wilson.

Selain itu, Jessica juga dikatakan telah mendatangkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada di dalam rumah selepas kanak-kanak itu melompat ke atas Jessica untuk menghentikan wanita itu.

Sumber: Daily Star, news.com.au

Baca: “Ni spesis haruan makan anak”- Lelaki Bunuh Dan Cincang Mayat Ibu Lepas Kena Ugut Lapor Pihak Polis

Combine Baru Kerat E1615611021332

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.