Kita sedia maklum bahawa nama pelakon dan pelawak Shuk Sahar pernah menjadi buah mulut orang ramai mengenai kes pergolakan rumahtangganya. Rasanya mesti dah tahu puncanya kan…
Disebabkan itu, ia membuatkan seorang pemuda ni membuat satu tindakan ‘berani mati’ menerusi TikTok miliknya.
Boleh ajar saya curang tak.”
Pemuda yang dikenali sebagai Shashic Iewan ini ada muat naik satu video yang menunjukkan dia bertanya soalan kepada Shuk. Tanpa diduga, soalan yang ditujukan itu amat personal dan ia berkaitan dengan isu yang telah menimpa kepada dirinya.
Setepek dia tanya sampai si Shuk terus mencarut!
@shavshic Alhamdulliah 🤲🏻 @shuksahar 🥰 #shuksahar #curang #tipscurang
Dalam masa 4 jam video ini telah meraih lebih daripada 477K jumlah tontonan dan menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dan salute dengan keberanian lelaki tersebut.
Walaubagaimanapun, ada juga yang mendoakan Shuk agar tetap berubah dan memuji dirinya yang open minded walaupun ditanya dengan soalan sebegitu.
Setepek – Netizen
Terdahulu, mStar Online melaporkan bahawa bekas penyampai radio Hot FM itu memberitahu bahawa dia ingin menjual kediamannya di Denai Alam, Shah Alam berharga RM 1.2 juta bagi meneruskan kehidupannya.
Baca : “Isteri anak bawa rezeki tapi disiakan”- Shuk Sahar Nak Jual Rumah RM1.2 Juta Tapi Kena Kecam?