Pengacara dan pelawak Shuk Sahar bukanlah nama asing dalam dunia hiburan tempatan, dia sebelum ini pernah juga terpalit dengan beberapa kontroversi mengenai hal peribadi dan rumah tangganya.
Baru-baru ini, dia telah mengadakan sesi live dalam Instagramnya, dalam live tersebut dia memberitahu bahawa dia ingin menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM 1.2 Juta.
https://www.tiktok.com/@mikha.ukasyah/video/7064048036661464347?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7064407196084028930
“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru.. sebab itu perlukan duit” – Shuk Sahar
Dia juga berkata bagi sesiapa yang ingin membeli rumahnya boleh hantarkan direct message (DM) kepadanya.
Walaupun sesi live itu ibarat sesi luahan hati pelawak tersebut, netizen masih mengecam tindakan Shuk itu.
“Jangan disakiti perasaan isteri…”
Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata kecaman kepada pelawak tersebut, ramai yang mengatakan ia merupakan balasan kepadanya kerana berlaku curang terhadap isterinya sebelum ini.
Selain itu, ramai juga netizen meminta agar Shuk segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan agar perjalananya sentiasa dipermudahkan tanpa sebarang masalah.
Hmm, apa pendapat korang pula?
Baca: “Sera usaha! Sera ubah!” Isteri Shuk Kini Berpenampilan Baru, Ramai Puji Makin Cantik