in

“Bipolar ini boleh buat dia jadi ‘maniac'” – Keluarga Rayu Rawatan Sewajarnya Untuk Yasin Sulaiman

Untitled Design 2022 04 12T143304.090

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Mac lalu industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita penangkapan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja.

Baru-baru ini, abang penyanyi tersebut iaitu Zain Sulaiman, memaklumkan pihak keluarga dan peguam kini sedang mencuba untuk mendapatkan rawatan perubatan buat adiknya yang menghidap bipolar serius sejak 2009.


Untitled Design 7

Menurut Harian Metro, Yasin kini berada di Penjara Sungai Buloh dan difahamkan hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya sebelum ini menyerahkan urusan rawatan perubatannya kepada pihak penjara.

“Kami sedang berurusan dengan pihak penjara untuk memastikan dia mendapat rawatan sewajarnya. Itu sangat penting kerana dia seorang pesakit bipolar.

Rekod perubatannya menyaksikan Yasin dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) pertama kali pada 2009 dan sejak itu dia berada di bawah pengawasan doktor pakar.

Dia memang ambil ubat berterusan. Episod paling teruk dilaluinya ialah pada 2009, 2013 dan 2018. Akhir tahun lalu dan awal tahun ini, dia dapat merasakan mungkin episod kronik itu akan berlaku semula.

Itu yang dia sebut dalam mahkamah dia takut akan ‘crack’ lagi sekali. Akhir-akhir ini dia mengalami bipolar psikosis iaitu satu keadaan di mana pesakit tak dapat membezakan alam realiti dan khayalan,” kata abangnya itu.

Tambahnya lagi, Yasin seringkali mengalami halusinasi dan sentiasa berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta untuk mengambil ubat penyakitnya itu.

Abangnya juga berkata, walaupun Yasin mendapat ubat-ubatan tambahan, dia masih lagi mengalami psikosis dan itu menimbulkan kerisauan kepada keluarganya.Tambahan lagi, banyak perkara yang boleh ‘trigger’ penyanyi itu di dalam penjara.

“Bipolar ini sama ada akan buat Yasin jadi ‘maniac’ ataupun tertekan. Jadi kami nak pastikan dia selalu stabil. Itulah keadaan dia sekarang.

“Peguam, Yusmadi Yusoff dah dapat melawat dia minggu lalu dan akan berbuat demikian lagi minggu ini serta akan ‘follow up’ berkenaan rawatan dia,” katanya.

Semoga semuanya dipermudahkan…

Baca: “Kirim salam pada YB Syed Saddiq” – Tanam Ganja Di Rumah, Yasin Sulaiman Didakwa Mahkamah

Untitled Design 2022 04 12T142147.143

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.