Neelofa Dituduh Sengaja Tayang Aset

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sebut je nama Neelofa semua orang kenal dengan pelakon terkenal dan usahawan berjaya ni. Bagi yang sentiasa follow perkembangannya mesti korang tahu yang Lofa dan fesyen memang tak dapat dipisahkan.

Penampilan up-to-date dan anggunnya sentiasa menjadi buah mulut orang ramai yang memuji-muji kecantikan Lofa. Tapi kadang-kadang Lofa gemar mencuba fesyen muslimah berbeza yang membuatkan ramai tak senang duduk sebab macam tak sesuai je dengan imej wanita muslimah.

Sumber: Blog
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Terbaru, penampilan terbaru Lofa di sebuah pertunjukan fesyen KLFW baru-baru ni dikecam peminat walaupun berhijab. Lebih teruk lagi rakaman catwalk Lofa menjadi medan untuk netizen meninggalkan komen lucah pasal bentuk badannya yang dibaluti pakaian ketat berwarna kulit.

Rata-rata bercakap pasal betapa menonjol dan seksinya pakaian Lofa sampai nampak benda yang tak sepatutnya. Katanya Lofa jugak dah nampak macam fashion victim je sebab sanggup memakai pakaian yang pelik dan kurang sopan sebegitu hanya sebab nak berfesyen.

Sumber: Instagram

Ada jugak yang melabel Lofa macam Pamela Anderson versi muslimah sebab bentuk badannya yang menggiurkan tu. Dorang mengutuk pakaian pelakon Suri Hati Mr. Pilot ni yang terlampau ketat, katanya macam nak terkoyak dah baju tu bila Lofa pakai. Pun begitu, masih ada yang kesian dengan nasib aktres ni sebab memalukan diri sendiri.

Sumber: Instagram

Neelofa sebagai seorang ikon Muslimah seeloknya lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang nak diperagakan sebab dia seorang public figure. Jadi setiap apa yang dipakai tu mungkin akan ditiru oleh anak-anak muda zaman sekarang.

Macam mana ni Hajjah?

Tengok video Lofa memperagakan pakaian tu kat sini:

Sumber: Instagram

Baca: “Seksinya Hajah!” – Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.